Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple charger pengecas dua port usb-c

Pengecas Dua Port USB-C Apple Hadir Dalam Dua Bentuk, Harganya RM239

Diterbitkan Jun 7, 2022 · Dikemas kini Jun 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam acara WWDC pagi tadi, Apple turut memperkenalkan pengecas baharu mereka.

Ia adalah pengecas 35W dengan dua port USB-C atau menurut laman rasmi Apple, 35W Dual USB-C Port Power Adapter.

Seperti biasa, ia tidak disertakan kabel.

Apple menggalakkan pengguna untuk gunakan bersama MacBook namun ia sedia diguna oleh semua peranti Apple yang menyokong pengecasan pantas.

pengecas 2 usb-c
Rekaan kompak.

Ini bermakna, pengguna boleh mengecas dua peranti yang menyokong pengecasan pantas PD (Power Delivery) dalam satu masa.

Contohnya, iPhone 13 Pro Max (27W) dan Apple Watch Series 7.

pengecas 2 usb-c

Berikut spesifikasi pengecas ini:

  • Input: 100–240V /1.0A
  • (USB PD) Output 1 or 2: 5VDC/3A atau 9VDC/3A atau 15VDC/2.33A atau 20VDC/1.75A

Di Malaysia, ia akan dijual kelak pada harga RM239 namun tidak diumumkan bila mula tersedia.

Menariknya, terdapat dua rekaan untuknya di mana satu yang biasa dan satu lagi kompak. Di laman web Apple Malaysia, hanya rekaan biasa dipaparkan waktu ini.

Baca juga:

  • macOS Ventura: USB-C Perlu Ada Kebenaran Untuk Hubung Dengan Mac Apple Silicon
  • MacBook Air Diberi Nafas Baharu Yang Ditunggu-Tunggu
  • Panggilan Video Tak Cantik? Apple Akan Benarkan iPhone Jadi ‘Webcam’ Untuk Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY