Pengasas Telegram Dedah Punca Apple Lambat Lepaskan Kemas Kini Aplikasi Itu

Pengasas Telegram dalam saluran rasminya pada minggu lepas mendedahkan bahawa Apple mengambil masa yang lama iaitu sehingga 2 minggu untuk meneliti kemas kini terkini aplikasi tersebut sebelum melepaskannya di App Store.

Yang menjadi tanda tanya, Apple tidak memberi sebarang penjelas berkenaannya.

Terbaru, Apple memberi maklum balas dengan meminta Telegram membuang sebuah ciri baru dinamakan Telemoji. Ia merupakan emoji biasa namun beranimasi yang hadir dalam kualiti tinggi (vektor).



Ini sesuatu yang ganjil untuk Apple kerana Telemoji akan membawa emoji yang beresolusi rendah ke satu tahap yang lebih tinggi dan baik untuk ekosistem mereka, kata Durov.

Namun, jelas Durov, dalam jangka masa panjang, ini akan menjadikan Telemoji lebih unik dan dikenali.

Dalam pada itu, 10 pek emoji baharu turut disertakan dalam kemas kini terbaru ini dengan pengguna boleh memuat naik emoji mereka sendiri.

{suggest}

Pengasas dan CEO Telegram itu juga berkata syarikatnya ialah yang pertama untuk menyertakan emoji berasaskan vektor dan beranimasi yang mampu dimainkan pada mana-mana telefon pintar.

Semua ini akan tersedia untuk pelanggan Telegram Premium terlebih dahulu sebelum pelanggan percuma.

Sumber: Durov