Penganalisa Ramal PlayStation 5 Akan Dijual Pada Harga Yang Lebih Kurang Sama Dengan PS4 Ketika Pelancaran

Setiap kali sesebuah konsol permainan PlayStation akan dilancarkan, ia pasti ditunggu-tunggu oleh peminat di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ia dibuktikan apabila PlayStation 4 Pro masih lagi mencatatkan jualan yang agak memberangsangkan walaupun harganya beberapa ratus ringgit lebih tinggi berbanding model PS4 asas.

 



Ketika dilancarkan pada tahu 2016, PS4 Pro dijual pada tanda harga RM1,799 serta hadir dengan sokongan grafik sehingga 4K. Maka, secara logiknya, PS5 yang bakal hadir dengan sokongan grafik 8K pasti akan dijual dengan harga lebih tinggi.

Namun, menurut penganalisa pasaran, mereka meramalkan bahawa PS5 akan dijual dengan harga yang sama dengan PS4 ketika dilancarkan beberapa tahun lepas.

PS4 dijual pada harga $399(~RM1648) ketika dilancarkan, namun dipasarkan dengan harga RM1,349 di Malaysia. Akan tetapi faktor tukaran matawang akan menjadi faktor yang mempengaruhi harga PS5 di negara ini nanti.

PS5 dikatakan akan hadir dengan sokongan grafik 8K, SSD 1TB serta AMD Ryzen CPU dan bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

 

Sumber: Comicbook