Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penemuan ‘Pondok Misteri’ Di Bulan Oleh China Telah Berjaya Disahkan

Penemuan ‘Pondok Misteri’ Di Bulan Oleh China Telah Berjaya Disahkan

Diterbitkan Januari 17, 2022 oleh Anis Maisarah

‘Pondok misteri’ yang dikatakan berada di bulan sebenarnya hanyalah sebuah batu berbentuk arnab. Perkara ini telah disahkan pada hari Jumaat, 7 Januari 2022 oleh Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) melalui aplikasi ‘Wechat‘. Pada 3 Disember 2021, China pernah mengumumkan penemuan objek yang seolah-olah sebuah ‘pondok’ berada di atas permukaan bulan oleh Yutu 2 rover Chine.

Bentuk batu tersebut adalah seperti seekor arnab yang sedang duduk dan kelihatan seolah-olah ‘bernyawa’. Penemuan ini secara kebetulannya dikaitkan dengan nama kenderaan angkasa itu sendiri, ‘Yutu’ yang bermaksud ‘Arnab Jade ‘ dalam bahasa Cina.

bulan china
Kredit: Daily Mail
bulan china

Pada awalnya, pasukan Yutu 2 berfikir bahawa itu mungkin sebuah pondok tetapi selepas melihat dengan teliti melalui kamera, mereka terus memanggil batu tersebut sebagai ‘Yutu’ atau ‘Arnab Jade’. Berhadapan dengan batu itu pula seperti lobak, iaitu makanannya dan batu-batu kecil di sekelilingnya seperti najisnya sendiri. Ketinggian batu tersebut disamakan dengan ketinggian Arc de Triomple yang setinggi 50 m. Penemuan tersebut dianggap sesuatu yang unik oleh pasukan Yutu 2.

Penemuan ‘Pondok Misteri’ Di Bulan Oleh China Telah Berjaya Disahkan
Chang’e 4 China

Pada 7 Disember 2018, Yutu-2 telah dilancarkan bagi memasuki orbit bulan pada 12 Disember tetapi berjaya melakukan pendaratan di atas permukaan bulan pada 3 Januari 2019.

Yutu-2 merupakan komponen robot rover bulan bagi memenuhi misi Chang’e 4 China ke bahagian paling jauh bulan. Ia juga sedang menerokai kawah Von Karman iaitu kesan bulan purba yang berkemungkinan dapat mendedahkan mantel bulan. Mantel yang dimaksudkan ini adalah lapisan antara kerak dan teras luaran dalam struktur bulan.

Sumber : Daily Mail, Live Science

Baca juga :

  • China Guna Teknologi Kecerdasan Buatan Untuk Kesan Jenayah Dan Dakwa Pesalah
  • Taiwan Dapati Telefon Xiaomi Tapis Carian Pengguna Dan Hantar Data Ke Beijing
  • Kenali Apa Itu Matahari Buatan China, 10 Kali Ganda Lebih Panas Daripada Matahari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY