Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pendaftaran Dan Pengambilan Bekalan Ubat Susulan Pesakit Kini Lebih Mudah Melalui “MyUBAT”

Pendaftaran Dan Pengambilan Bekalan Ubat Susulan Pesakit Kini Lebih Mudah Melalui “MyUBAT”

Diterbitkan Jun 12, 2023 · Dikemas kini Jun 12, 2023 oleh ariff bukhari

Mungkin masih ramai yang tidak tahu, Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun melancarkan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat Bagi Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi yang dikenali sebagai “MyUBAT”.

MyUBAT boleh diakses melalui laman sesawang https://myubat.pharmacy.gov.my/webapp/.

Pendaftaran Dan Pengambilan Bekalan Ubat Susulan Pesakit Kini Lebih Mudah Melalui “MyUBAT”

Atau anda boleh mengaksesnya melalui aplikasi MyUBAT terus dari telefon pintar yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store (Android), Apple App Store (iOS dan iPadOS) dan AppGallery (Huawei).

Sistem ini memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari fasiliti kesihatan KKM.

Ia juga membolehkan pesakit memantau temu janji perkhidmatan nilai tambah farmasi melalui aplikasi MyUBAT.

Selain itu, penggunaan sistem ini juga dapat memudahkan anggota di fasiliti farmasi menguruskan proses pendaftaran dan penyediaan ubat-ubatan susulan di kaunter-kaunter farmasi dengan lebih sistematik.

Pendaftaran Dan Pengambilan Bekalan Ubat Susulan Pesakit Kini Lebih Mudah Melalui “MyUBAT”
Pendaftaran Dan Pengambilan Bekalan Ubat Susulan Pesakit Kini Lebih Mudah Melalui “MyUBAT”
Pendaftaran Dan Pengambilan Bekalan Ubat Susulan Pesakit Kini Lebih Mudah Melalui “MyUBAT”
Pendaftaran Dan Pengambilan Bekalan Ubat Susulan Pesakit Kini Lebih Mudah Melalui “MyUBAT”

Perluasan penggunaan sistem MyUBAT telah pun bermula pada 15 April 2021 di semua fasiliti kesihatan KKM.

Walau bagaimanapun perluasan sistem ini dilaksanakan secara berfasa di mana bagi fasa pertama bermula pada tempoh 15 April hingga 15 Julai 2021.

Setakat ini sudah sebanyak 470 fasiliti kesihatan KKM telah menyokong penggunaan sistem MyUBAT.

Anda boleh semak senarai fasiliti kesihatan KKM yang telah menyediakan perkhidmatan MyUBAT setakat ini dari laman rasmi https://myubat.pharmacy.gov.my/.

Pendaftaran Dan Pengambilan Bekalan Ubat Susulan Pesakit Kini Lebih Mudah Melalui “MyUBAT”

Berkaitan

  • Gurman: Model Apple Vision Mampu Milik Mungkin Hadir Seawal 2025
  • Ini Perkara Baru Dalam Android 14 Beta 3
  • Riot Games Dan Coca-Cola Lancar Minuman Berperisa Edisi Terhad Untuk Pasaran Terpilih
  • Microsoft Umum Xbox Series S Carbon Black Dengan Storan 1TB SSD

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY