Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Coca-Cola Ultimate – Limited Edition Flavor

Riot Games Dan Coca-Cola Lancar Minuman Berperisa Edisi Terhad Untuk Pasaran Terpilih

Diterbitkan Jun 12, 2023 · Dikemas kini Jun 12, 2023 oleh ariff bukhari

Coca-Cola telah bekerjasama dengan Riot Games untuk melancarkan minuman berkarbonat edisi terhad yang dipanggil sebagai ‘Coca-Cola Ultimate Zero Sugar‘.

Minuman edisi terhad ini yang diilhamkan dari kristal hextech yang ditemui di bandar Piltover dalam aplikasi permainan mudah alih League of Legends.

Coca-Cola Ultimate Zero Sugar ini ditawarkan terhad untuk pasaran terpilih sahaja di beberapa buah negara termasuklah Amerika Utara, China, Korea Selatan, Amerika Latin dan Afrika.

Perkongsian antara 2 syarikat itu adalah sebahagian daripada Coca-Cola Creations yang turut menyaksikan kerjasama dengan artis antarabangsa seperti Marshmello dan Rosalia termasuk untuk edisi tin Coca Cola dengan warna emas dan hitam.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Riot Games juga memberi peluang kepada pemain League of Legends untuk mendapatkan emote edisi terhad dengan menyelesaikan misi dalam permainan.

Ini termasuk tujuh bantuan dalam satu perlawanan, memperoleh 12,000 emas dalam permainan atau memenangi permainan dalam masa kurang dari 20 minit.

Berkaitan

  • Mahu Lanjutkan Tempoh Sah Nombor Hingga 365 Hari? Ini Harganya
  • Dapatkan 'Game' Padat Aksi Berharga RM25.90 Ini Secara Percuma Sekarang
  • Tesla Malaysia Adakan Temu Duga Secara 'Walk-In' Di Cyberjaya Minggu Depan

Sumber: Polygon, Coca-Cola

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY