Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pra Tempah Permainan Video DRAGON BALL Z: Kakarot Collector’s Edition Di Laman Stor Amazon

Pencipta Manga Mutiara Naga, Akira Toriyama Meninggal Dunia Pada Usia 68 Tahun

Diterbitkan Mac 8, 2024 ยท Dikemas kini Mac 8, 2024 oleh ariff bukhari

Berita sedih buat dunia manga dan anime, pelukis dan pencipta karakter Goku dan watak-watak lain dalam manga Mutiara Naga (Dragon Ball), Akira Toriyama dikhabarkan sudah meninggal dunia pada usia 68 tahun, 1 Mac 2024 lalu.

“Kami amat berdukacita untuk memaklumkan anda bahawa pencipta Manga Akira Toriyama telah meninggal dunia pada 1 Mac disebabkan hematoma subdural akut. Dia berumur 68 tahun.” Dragon Ball Official Site.

Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat masalah hematoma subdural akut, sejenis pendarahan berdekatan dengan otak.

Pencipta Manga Mutiara Naga, Akira Toriyama Meninggal Dunia Pada Usia 68 Tahun
Akira Toriyama.

Laman rasmi Dragon Ball itu juga memaklumkan, upacara pengebumian diadakan bersama keluarga dan saudara mara rapatnya dan tidak akan menerima bunga, hadiah ucapan takziah sebagai menghormati mendiang.

Ahli keluarga mendiang juga meminta untuk mengelak daripada di temu bual.

Diterbitkan pertama kali 40 tahun lepas pada 1984, Dragon Ball adalah manga Jepun popular sepanjang zaman yang telah diadaptasi menjadi anime, filem dan permainan video.

Pencipta Manga Mutiara Naga, Akira Toriyama Meninggal Dunia Pada Usia 68 Tahun

Ia mengisahkan pengembaraan Son Goku mencari Mutiara Naga yang mampu menunaikan apa saja hajat pemiliknya.

Dragon Ball menjadi manga lagenda yang banyak mempengaruhi generasi pengkarya manga selepasnya dan pastinya juga pengkarya pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Malaysia Bertuah, Tidak Begitu Terkesan Dengan Fenomena Cuaca Angkasa, Ini Sebabnya
  • R&D Dibuat Ke Atas Pokok Ketum Ayam Sebagai Alternatif Makanan Ternakan/Haiwan
  • Nikon Umum Beli Pengeluar Kamera Penggambaran Filem Terkemuka, RED

Sumber: Dragon Ball Official Site

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY