Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
For Featured Image-7

R&D Dibuat Ke Atas Pokok Ketum Ayam Sebagai Alternatif Makanan Ternakan/Haiwan

Diterbitkan Mac 7, 2024 · Dikemas kini Mac 8, 2024 oleh ariff bukhari

Antara usaha untuk menangani isu sekuriti makanan dalam subsektor ternakan/haiwan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan makanan import, Kerajaaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjalankan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bioteknologi pertanian.

Menteri MOSTI, Chang Lih Kang berkata, subsektor ternakan/haiwan pada masa kini amat bergantung kepada bahan makanan import yang mudah terdedah kepada ketidaktentuan harga pasaran global.

Kos yang tinggi dalam bahan makanan ternakan/haiwan import juga telah menyumbang dengan ketara kepada peningkatan import negara.

Justeru, kajian dalam subsektor itu amat penting bagi mengenal pasti formulasi bahan makanan yang tepat serta diperlukan untuk keberkesanan terhadap penukaran bahan makanan.

Menerusi hantaran di laman rasmi Facebooknya beliau berkata, terdapat alternatif makanan ternakan/haiwan yang boleh membantu mengurangkan kos tersebut iaitu dengan memanfaatkan pokok ketum ayam atau juga dikenali sebagai madre de agua atau nama saintifiknya, Trichanthera gigantea.

Pokok ketum ayam merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Amerika Selatan serta mudah ditanam.

Ia digunakan dalam alternatif perubatan sebagai tonik untuk melancarkan peredaran darah, terapi Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Selain itu, daun segarnya juga boleh diberikan terus kepada ternakan/haiwan atau diproses untuk mengurangkan kos makanan ternakan/haiwan.

pokok ketum ayam
Pokok ini dikenali sebagai ketum ayam adalah kerana daunnya secara fizikal menyerupai pokok ketum dan digunakan sebagai sumber makanan ganti kepada haiwan seperti ayam. Sumber gambar: Agro Bazaar Online.

Beliau juga menyatakan bahawa, aktiviti R&D bioteknologi pertanian perlu digiatkan bukan sahaja untuk mengurangkan kebergantungan sumber makanan import tetapi juga adalah penting bagi melindungi  industri ternakan/haiwan tempatan daripada pelbagai jangkitan dan penyakit (disebabkan oleh virus, bakteria, parasit dan lain-lain) untuk memastikan kelestarian pendapatan penternak dan menghasilkan makanan yang selamat untuk dimakan.

Berkaitan

  • Agensi Nuklear Malaysia Sedang Membangunkan Benih Padi Tahan Banjir
  • Kereta Terbang Berharga RM1.4 Juta Ini Sudah Terima Hampir 3,000 Tempahan
  • Waktu Semenanjung Malaysia Tidak Dianjak Daripada GMT+8 kepada GMT+7
  • Malaysia Bertuah, Tidak Begitu Terkesan Dengan Fenomena Cuaca Angkasa, Ini Sebabnya

Sumber: fb Chang Lih Kang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY