Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencipta Kandungan Di Twitter Lepas Ini Lebih Mudah Untuk Urus Pendapatan

Pencipta Kandungan Di Twitter Lepas Ini Lebih Mudah Untuk Urus Pendapatan

Diterbitkan Mac 9, 2022 oleh Anis Maisarah

Pada 8 Mac 2022, Twitter telah mengumumkan ciri baharu untuk para pencipta kandungan yang digelar ‘Creator Dashboard‘.  Creators atau pencipta iOS Amerika Syarikat yang memiliki lebih daripada 10,000 pengikut atau followers di Twitter bakal memperoleh wang melalui Creator Dashboard.

Pengenalan ‘Creator Dashboard‘ tersebut direka khas untuk ‘creators‘ menjana pendapatan mereka di Twitter.

introducing the Creator Dashboard ? a new way to help you view your earnings & track your Super Follow subscriptions over time

for now, we’re testing with some creators on iOS—can’t wait to hear what you think! pic.twitter.com/nOvxUbSpSY

— Super Follows (@SuperFollows) March 8, 2022

Dua ciri iaitu Super Follows dan Ticketed Spaces telah dimasukkan supaya dapat diakses oleh para ‘creators‘ atau pencipta untuk melihat sejarah pembayaran bulan sebelumnya mahupun untuk bulan yang akan datang.

Ciri Super Follows mampu memberi wang kepada pencipta melalui kandungan berbayar dengan memaparkan senarai Super Followers yang melanggan akaun para pencipta.

Berbeza pula dengan Ticketed Spaces kerana ia berfungsi untuk penetapan bayaran bagi setiap siaran ‘Space‘ untuk para pencipta dan hos. Pencipta dan hos dapat menetapkan bayaran yang mereka mahukan melalui ciri Ticketed Spaces ini.

Sumber: Twitter

Baca juga:

  • ‘Twitter’ China Sekat 10,000 Pengguna Disebabkan Isu Sensitif Terhadap Ukraine
  • Kini Pengguna Android Boleh Main Semula Video Twitter Pada Kadar Kelajuan 2X Ganda
  • Pengguna Twitter Terima E-Mel, SKMM Minta Pihak Twitter Buang Twit Mereka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY