Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter video speed

Kini Pengguna Android Boleh Main Semula Video Twitter Pada Kadar Kelajuan 2X Ganda

Diterbitkan Februari 10, 2022 ยท Dikemas kini Februari 10, 2022 oleh Faiz Munir

Semalam Twitter telah mengumumkan bahawa aplikasi mereka akan menyokong untuk main semula video pada kadar 0.25x hingga 2.0x. Bukan pada video sahaja, sokongan ini juga boleh digunakan pada ciapan suara, video di DM dan video live.

Kini pengguna Android telah boleh menggunakan fungsi ini selepas mengemas kini pada versi terbaharu. Namun sokongan kelajuan yang diberikan buat masa ini hanyalah 1.0x hingga 2.0x sahaja. Buat pengguna iOS, mungkin fungsi sokongan ini akan menyusur tidak lama lagi.

Kini Pengguna Android Boleh Main Semula Video Twitter Pada Kadar Kelajuan 2X Ganda
Kini Pengguna Android Boleh Main Semula Video Twitter Pada Kadar Kelajuan 2X Ganda

Bukan itu sahaja, Twitter juga dilaporkan untuk menyertakan sokongan sari kata untuk video. Fungsi ini akan dihidupkan secara automatik untuk video senyap (silent video). Fungsi sari kata ini menyokong beberapa bahasa termasuk Inggeris, Cina, Hindi, Sepanyol, Jepun dan banyak lagi. Sari kata ini juga akan memaparkan bahasa asli daripada video sahaja dan bukannya terjemahan.

Sebelum ini, Twitter juga dilaporkan bahawa mereka sedang dalam proses membangunkan fungsi Twitter Articles yang mana penggguna boleh membuat ciapan melebihi 280 aksara.

Sumber: Twitter

Baca juga:

  • Ciri “Articles” Twitter Baharu Bolehkan Pengguna Taip Dalam Format Panjang
  • Hampir Satu Dalam Dua Individu Asia Tenggara Kena Scam Sebab ‘Online Dating’
  • Meta Nafi Ancam Untuk Tutup Facebook Dan Instagram Di Eropah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY