Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Penceraian’ Dengan Intel Bawa Sinar Kepada Apple

‘Penceraian’ Dengan Intel Bawa Sinar Kepada Apple

Diterbitkan Disember 30, 2021 oleh Faiz Munir

Kini telah hampir 2 tahun selepasĀ Apple menolak Intel dan tindakan yang dibuat oleh Apple ini adalah tindakan yang wajar. Apple menolak Intel selepas kedua-dua syarikat tersebut telah bekerjasama selama 15 tahun.

Sebelum ini, Intel ada memujuk Apple untuk kembali menggunakan cip pemprosesan mereka. Namun Apple masih lagi berada atas jalan mereka untuk terus menggunakan Apple Silikon.

‘Penceraian’ Dengan Intel Bawa Sinar Kepada Apple

Setelah Apple tidak lagi menggunakan cip dari Intel, penjualan produk komputer dan komputer riba Apple naik mendadak. Mungkin salah satu faktornya adalah situasi bekerja dari rumah akibat pandemik yang melanda pada tahun 2020.

Apple juga dilihat dapat menghasilkan produk komputer dan komputer riba yang jauh lebih baik dengan penggunaan cip Apple M1. Dan pada tahun ini pula Apple lancarkan iMac 24 inci yang turut menggunakan cip tersebut.

‘Penceraian’ Dengan Intel Bawa Sinar Kepada Apple
‘Penceraian’ Dengan Intel Bawa Sinar Kepada Apple

Dengan menggunakan cip M1 ini, produk Apple dapat direka dengan lebih nipis, tanpa kipas, lebih jimat tenaga dan lebih berkuasa jika dibandingkan dengan komputer andalan lain.

CEO Apple Tim Cook berkata, dengan syarikat tersebut memperkenalkan M1, jualan mereka telah meningkat sehingga 70.1% untuk produk Mac mencecah sehingga USD9.1 bilion pada suku ketiga tahun 2020.

‘Penceraian’ Dengan Intel Bawa Sinar Kepada Apple

Tahun ini pula, Apple memperkenalkan M1 Pro dan M1 Max. Dengan itu, mereka menjangkakan bahawa trend jualan mereka akan terus meningkat untuk tahun hadapan.

Sumber: CNBC

Baca juga:

  • Apple Mungkin Buang Digital Crown Pada Apple Watch Akan Datang
  • Dijangka Apple Buang Slot Kad SIM Secepat Mungkin, Ganti Dengan eSIM
  • realme Menggila, Jadi Jenama Telefon 5G Yang Pesat Berkembang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY