Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intel

Intel Mahu “Tawan Hati” Apple Kembali

Diterbitkan Oktober 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Minggu lalu, kita sudah menyaksikan Apple melancarkan cip pemproses M1 Pro dan M1 Max yang menguasakan barisan komputer riba MacBook Pro baharu.

Melaluinya, Apple sudah menghampiri berhijrah sepenuhnya dalam menggunakan cip tersendiri mereka Apple Silikon.

Dengan ini, Intel kini menghadapi “masalah agak besar”. Manakan tidak, Apple merupakan salah satu pelanggan terbesar Intel dan jika dilihat, produk komputer Mac ini sememangnya mempunyai golongan sasaran tersendiri.

MacBook Pro 14 16

Oleh yang demikian, CEO Intel Pat Gelsinger mengatakan beliau mahu “menawan hati” Apple kembali susulan penggunaan cip pemproses M1 daripada Apple.

Namun, jangan salah faham. Beliau akur bahawa Intel perlu masa lebih untuk memberikan saingan terhadap cip Apple tersebut. Jadi, Pat Gelsinger berharap untuk bekerjasama dengan Apple dalam membangunkan pemproses itu.

M1 Pro M1 Max

Mungkin ini adalah salah satu kunci utama yang Intel boleh gunakan untuk terus bekerjasama dengan Apple dalam perniagaan. Sekiranya ada yang terlupa, pada tahun 2020 Apple mula menggunakan pemproses berasaskan ARM dimana ia bertentangan dengan Intel x86.

Tambahan lagi, hubungan yang terjalin antara Intel dan Apple mungkin akan terkubur selamanya selepas ini. Hal ini kerana tinggal produk Mac Pro dan iMac lebih berkuasa sahaja yang belum dijana cip Apple Silikon.

Pun begitu, apa yang terjadi jikalau Intel hadir dengan pemproses ARM sendiri dan mampu mengalahkan cip Apple Silikon? Mungkin Apple boleh lakukan pusingan-U?

Walau apa pun, adakah Intel berjaya kerana melihat situasi sekarang, cita-cita mereka boleh dikatakan agak tinggi. Cip Apple Silikon yang dipadankan dengan macOS agak mengagumkan. Malah, Apple sendiri mendakwa cip M1 Max menggunakan 100W lebih kurang berbanding yang terdapat dalam komputer riba berprestasi tinggi.

Sumber: yahoo finance

Foto utama: apple insider

Baca juga:

  • Ini Cadangan Kesatuan Eropah Untuk Seragamkan Pengecasan Peranti

  • Cip Intel Baharu Didakwa Kalahkan Apple M1 Max

  • Intel Menjangkakan Kekurangan Bekalan Cip Akan Lanjut Sehingga 2023

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY