Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_001 (1)

iPhone 13 Pro Dan Pro Max Akan Menggunakan Skrin 120Hz Buatan Samsung

Diterbitkan Mei 5, 2021 oleh Wiser MY

Laporan berkaitan model iPhone 13 akan menggunakan skrin 120Hz semakin kuat selepas sebuah laporan dari Korea mengesahkannya semalam.

Model iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max akan menggunakan skrin LTPO AMOLED yang direka khas oleh Samsung Display. Ini adalah penting untuk dapatkan skrin dengan kadar penyegaran 120Hz.

Panel OLED ini akan disambung ke papan utama menggunakan papan litar bercetak fleksibel (RFPCB) yang di bekalkan oleh Samsung Electro-Mechanics.

Seperti yang digunakan di iPhone 12, ia memberi pengaliran signal elektrik yang lebih pantas serta menjadikan reka bentuk produk yang lebih sesuai dan ringkas.

Walaupun begitu, Samsung Electro-Mechanics bercadang untuk berhenti menjual RFPCB kerana tidak mendatangkan hasil sejak beberapa tahun lalu.

Selain itu, Omdia meramal yang Samsung Display dijangka akan membekalkan sebanyak 110 juta panel OLED untuk iPhone 12 dan 13 tahun ini.

Sumber: theelec

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY