Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mungkin Ini Rekaan iPhone 13 Pro Max, Kamera Lebih Besar

Posted on Mei 5, 2021

Semakin hari, semakin banyak ura-ura berkaitan rekaan bagi siri iPhone baharu yang mungkin dinamakan iPhone 13 di arena web.

Terdahulu, prototaip iPhone 13 mini telah pun diperlihatkan dan diikuti pula versi yang biasa, iPhone 13.

Kini, Unbox Therapy telah berkongsi replika untuk varian tertinggi, iPhone 13 Pro Max yang mana mungkin rekaan ini digunakan oleh Apple nanti.

Kiri: 12 Pro Max

Kebiasaannya, replika bagi sesebuah telefon pasti diperlihatkan dahulu kerana ia sedikit sebanyak membantu bagi pengeluar aksesori peranti tersebut seperti casing.

Berbalik pada replika itu, tiada perbezaan ketara yang dilihat pada rekaannya. Namun, takuknya adalah lebih kecil berbanding barisan iPhone yang lain.

Kanan: 12 Pro Max

Selain itu, belakangnya juga menampilkan modul kamera jauh lebih besar daripada siri iPhone 12 Pro Max. Bermakna, sensor kamera yang digunakan pasti lebih baik berbanding pendahulunya.

Kanan: 12 Pro Max

Tambahan lagi, segala butang yang ada pada iPhone masih lagi diberikan dan belum ada tanda-tanda port pengecasan dibuang.

Walau bagaimanapun, ia hanyalah spekulasi awal dan maklumat lebih lanjut akan dikongsikan kelak pada masa hadapan.

Sumber: Unbox Therapy via macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress