Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2020-05-28 at 2.13.03 PM

Ini Mungkin Rekaan Dan Pilihan Warna Bagi iPhone 13

Diterbitkan Mei 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, kami melaporkan dimana imej komputer iPhone 13 mini telah bocor dan kemudian diikuti prototaip bagi peranti tersebut.

Terbaru, rekaan bagi ‘abang’ kepada versi mini pula didedahkan. Berdasarkan imej tersebut, tidak banyak yang berubah berbanding daripada iPhone 13 mini.

Screenshot 2021-05-03 at 11.20.43 AM

Perkara pertama yang paling ketara adalah modul kameranya berbeza berbanding iPhone 12. Ada yang mengatakan Apple bakal memberikan naik taraf kamera pada model-model ini.

Disebabkan itu, kedudukan lensa belakang perlu diubah sedikit bagi memuatkan kamera yang lebih besar. Ura-ura turut menyebut Apple mungkin menampilkan OIS baharu bersama-sama mod potret video.

Screenshot 2021-05-03 at 11.23.08 AM

Selain itu, takuk yang ada pada iPhone 13 juga adalah lebih kecil berbanding terdahulu. Nampaknya, Apple masih lagi mahu mengekalkan paparan bertakuk berbanding berlubang seperti mana pesaingnya.

Tambahan lagi, pilihan warna baharu yang mungkin warna jingga ditambah bersama-sama warna lain seperti ungu, hitam, merah, biru gelap dan juga putih.

Kendatipun begitu, ia masih lagi dalam spekulasi dan masih terdapat beberapa bulan lagi sebelum Apple melancarkan siri baharu ini.

Sumber: gizchina, forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY