Anda Boleh Ketahui 'Spare Parts' iPhone Asli Atau Tidak Melalui iOS 15.2

Bila kita pergi kedai baikpulih telefon, mestilah mereka cakap itu barang 'ori'. Tapi sepasti manakah anda bahawa itu barang asli?

Anda boleh mengenal pasti bahawa spare parts itu asli melalui iOS 15.2 secara rasmi nanti. Kini, ia masih berada dalam fasa release candidate melalui ciri 'service history'.



Secara ringkas, service history ini akan memaparkan "Genuine Apple Part" pada bahagian yang telah ditukar ganti menggunakan alat ganti asli Apple. Anda juga boleh tekan di skrin untuk melihat lebih informasi tentang tarikh dan masa servis tukar ganti itu dibuat.



Jika anda menggunakan alat gantian yang tidak asli, ia akan menunjukkan label amaran. Tetapi, jangan risau wahai sahabat, label amaran ini tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap telefon anda. Ia hanya memaparkan supaya anda tahu sahaja bahawa barang alat gantian itu tidak asli.



Walau bagaimanapun, ciri ini hanya akan berfungsi kepada beberapa model iPhone tertentu sahaja. Bagi model iPhone XR, XS, XS Max dan seterusnya, anda hanya boleh melihat bateri yang telah ditukar. Bagi model iPhone 11 dan seterusnya, anda hanya boleh melihat bateri dan paparan yang telah ditukar. Bagi model iPhone 12 dan keatas, anda boleh melihat bateri, paparan, dan kamera yang telah ditukar.

Saya percaya bahawa anda semua sedia maklum, barangan alat gantian original daripada Apple adalah bersifat MAHAL. Tetapi ia adalah solusi terbaik untuk membaiki iPhone anda. Oleh itu, jagalah telefon anda seperti nyawa sendiri. Jika telefon anda selalu terjatuh, sarungkanlah casing yang boleh melindungi telefon anda.

Lainlah kalau anda kahwin dengan anak orang kaya. Tukar handphone macam tukar baju.

Baca juga: