Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Cybertruck

Pemilik Tesla Cybertruck Digesa Untuk Tidak Menembak Trak Mereka Sesuka Hati

Diterbitkan Mac 20, 2024 · Dikemas kini Mac 20, 2024 oleh ariff bukhari

Ekoran daripada tindakan sebilangan pemilik EV Tesla Cybertruck yang berkongsikan video memaparkan mereka melakukan pelbagai kekerasan ke atas kenderaan itu atas alasan menguji ketahanannya, jurutera Tesla, Wes Morrill menggesa pemilik Cybertruck untuk mengelak daripada meletakkan kenderaan mereka kepada pelbagai bentuk penyalahgunaan.

Contohnya termasuklah menggunakan obor api membakar badan trak itu, menembak dengan menggunakan senjata api dan menghentam dengan tukul besi.

Cybertruck has lived a tortured life for entertainment – Jumped on, kicked, burned, beaten, and shot (multiple times). To quote the black knight, it's just a flesh wound, I'm invincible!

Now we've confirmed is tough, maybe Cybertruck can roam freely on and off-road in peace? pic.twitter.com/VuC5j9r35E

— Wes (@wmorrill3) March 14, 2024

Inspirasi tingkah laku pemilik Cybertruck yang bertindak menguji ketahanan badan EV itu secara melampau dipercayai daripada dakwaan Elon Musk tentang ketahanan dan sifat kalis peluru EV tersebut.

Malah jika anda masih ingat, Elon Musk ketika memperkenalkan trak itu kepada umum 4 tahun dahulu telah melakukan demonstrasi dengan membaling bola logam ke arah cermin EV itu bagi membuktikan cermin kalis pelurunya.

Malangya, cermin trak EV tersebut pecah dan ia mengejutkan penonton yang hadir.

Punca kepada insiden cermin kalis peluru itu pecah pula didedahkan kemudiannya oleh Elon Musk dengan menjelaskan, ujian hentaman beberapa kali ke atas pintu trak itu dengan tukul besi sebelum bola logam dilempar untuk membuktikan ketahanannya, telah memberi impak kepada “tapak kaca retak.”

Itulah sebabnya tingkap EV itu pecah apabila terkena ujian bola logam tersebut.

Yup. Sledgehammer impact on door cracked base of glass, which is why steel ball didn’t bounce off. Should have done steel ball on window, *then* sledgehammer the door. Next time …

— Elon Musk (@elonmusk) November 25, 2019

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: The Drive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY