Pemegang Akaun Public Bank Kini Boleh Menggunakan Perkhidmatan Samsung Pay

Samsung Pay hampir menjangkau usia setahun perkhidmatannya selepas kali pertama ia diperkenalkan pada Februari 2017.

Kini, melebarkan lagi sayapnya, servis tersebut telah menambah satu lagi institusi perbankan ke dalam sistem sedia ada iaitu Public Bank.

Penambahan tersebut telah menjadikan 7 buah bank yang mempunyai sokongan pembayaran tanpa tunai ini, dimana para pengguna berupaya menghubungkan kad debit mahupun kredit dari bank berkenaan ke akaun Samsung Pay.

Perkhidmatan Samsung Pay kini semakin meluas penggunaannya dimana ia menggunakan dua teknologi iaitu NFC (Near-Field Communication) dan juga MST (Magnetic Secure Transmission).

Sumber: Samsung via KLGadgetGuy