Ericsson Perlihat Keupayaan Sebenar 5G Malaysia

Ericsson yang kini sedang membina rangkaian 5G di Malaysia untuk Digital Nasional Berhad (DNB) mempamerkan pelbagai kegunaan 5G serta inovasi teknologi canggih bagi merancakkan digitalisasi di Malaysia di ‘Imagine Live Malaysia 2023’ anjuran mereka.

Pelbagai demonstrasi teknologi dipertunjukkan termasuk penyelesaian radio terkini daripada Ericsson yang jimat tenaga, kembar digital (digital twin), komunikasi bersatu berasaskan VoLTE, dan automasi rangkaian.

Acara itu menampilkan kes kegunaan 5G, seperti demonstrasi pengalaman holografik yang realistik dalam ‘metaverse’, yang boleh digunakan pada masa hadapan untuk komunikasi, latihan, dan sokongan teknikal jarak jauh yang realistik.



Acara itu turut menampilkan perbincangan mendalam dengan pakar-pakar industri yang tersohor tentang beberapa pengupaya yang akan mempercepat perjalanan Malaysia ke arah menjadi ‘Harimau Digital’ di rantau ini.

Ericsson berkata, mereka akan memanfaatkan kepakaran global dan kepimpinan teknologinya bagi merancakkan transformasi digital Malaysia dengan 5G.

Liputan 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia kini adalah sekitar 68.8% dan berada di landasan betul untuk mencapai 80% menjelang akhir tahun ini.

OpenSignal dalam laporannya sebelum ini memaklumkan, Malaysia kini sudah menjadi antara 5 negara teratas di dunia dan mendahului Asia Tenggara dalam kelajuan muat turun.

{suggest}

Sumber: Siaran media Ericsson