Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembaca Meter Pintar Di Belanda Didapati Memberi Bacaan Kurang Tepat Sehingga 600%

Pembaca Meter Pintar Di Belanda Didapati Memberi Bacaan Kurang Tepat Sehingga 600%

Diterbitkan Mac 13, 2017 ยท Dikemas kini Mac 13, 2017 oleh Wiser MY

Saintis Belanda telah mendapati bahawa pembaca meter pintar boleh menghasilkan bacaan kurang tepat sehingga 600% dari jumlah sebenar berbanding menggunakan pembaca elektromekanik. Kajian yang dijalankan oleh Universiti of Twente Enschede dan Universiti Sains Gunaan Amsterdam menguji 9 jenama pembaca meter pintar yang biasa dipasang di rumah-rumah di Belanda selama tempoh 6 bulan di dalam makmal.

Saintis-saintis itu memasang pembaca meter pintar tersebut dengan pelbagai alatan elektrik yang terdapat di dalam rumah. Alatan tersebut kemudian disambung dengan bekalan elektrik hasil ujian diambil kira. Sesetengah ujian mengambil masa dalam seminggu dan ada ujian yang mengambil masa beberapa minggu.

Mereka mendapati bahawa masalah ini berpunca daripada gangguan elektromekanik. Para pengkaji menjumpai pembaca meter yang menggunakan sensor gegelung Rogowski memberi bacaan kurang tepat sehingga +276% manakala pembaca meter yang menggunakan sensor ‘Hall-effect’ memberi bacaan sehingga -46%.

Jumlah pembaca meter pintar ini dipasang di rumah-rumah Belanda ialah lebih kurang 75,000. Memandangkan banyak negara lain yang menggunakan meter yang sama, masalah ini mungkin akan memberi kesan kepada rumah-rumah lain di serata dunia termasuklah Malaysia.

Kepada pengguna di Malaysia ni boleh la tengok bil elektrik melambung ke tak. Parah kalau kena bayar mahal dari apa yang kita guna.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY