Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kapasiti penumpang e-hailing

Pemandu e-Hailing Dibenar Bawa Penumpang Mengikut Kapasiti Kenderaan – MKN

Diterbitkan Jun 11, 2020 oleh Amalina Athman

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengumumkan perkhidmatan e-hailing dan teksi telah dibenarkan beroperasi tanpa had masa dan membawa penumpang mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan yang digunakan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut diputuskan setelah mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

e-Hailing dan teksi boleh beroperasi tanpa had masa dengan kapasiti penumpang mengikut tempat duduk kenderaan digunakan – DS Ismail Sabri

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) June 11, 2020

Dalam mesyuarat khas itu, MOT telah membentangkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang merangkumi beberapa kebenaran dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan dengan pengangkutan awam.

Bagi memudahkan pengesanan kontak rapat, setiap penumpang e-hailing perlu memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera. Selain itu, setiap pembayaran juga perlu dilakukan secara tanpa tunai dan setiap penumpang diwajibkan memakai pelitup muka.

Terdahulu, MKN telah mengehadkan penumpang perkhidmatan e-hailingĀ dengan hanya dua orang bagi setiap kenderaan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Komited Lindungi Pelanggan, Beri Amaran 260 Juta Panggilan Scam Dan Sekat 22 Juta SMS Setiap Bulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Need for Speed Klasik Kini Boleh Dimainkan Terus Dalam Pelayar Web
©2026 WISER.MY