Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Playstation 4 Kini Sedang Memasuki Fasa Terakhir Dalam Pusingan Jangka Hayatnya

Lain Pula Tujuannya, Konsol Sony Banyak Digunakan Untuk Tonton Porno

Diterbitkan Disember 27, 2021 · Dikemas kini Jun 16, 2023 oleh Amsyar Latif

Di saat konsol yang susah didapati di pasaran disebabkan kekurangan bekalan, lain pula jadinya bagi pemilik-pemilik konsol. Ini kerana ada dalam kalangan mereka yang menjadikan konsol yang sepatutnya untuk bermain ‘game’ tetapi ia digunakan sebagai platform untuk menonton video pornografi.

Berdasarkan statistik yang dikongsikan PornHub baru-baru ini, mereka mendedahkan bahawa pengguna PlayStation sekali lagi mempunyai jumlah paling banyak yang melayari laman tersebut.

Tambahnya lagi, trafik daripada pengguna PS5 dan PS4 yang melayari laman itu meningkat sebanyak 17.6% berbanding tahun 2020. Ia menjadikan secara keseluruhan sebanyak 60.6% bagi trafik daripada konsol.

Lain Pula Tujuannya, Konsol Sony Banyak Digunakan Untuk Tonton Porno

Jumlah itu kemudian diikuti pengguna Xbox, iaitu sebanyak 36.8% dan PS Vita pula sebanyak 2.2%.

Selain itu, permainan Fortnite mengungguli carta carian di laman ini. Sementara Lara Croft – Tomb Raider pula bagi carian “Most Searched Video Game Characters”.

Lain Pula Tujuannya, Konsol Sony Banyak Digunakan Untuk Tonton Porno
Lain Pula Tujuannya, Konsol Sony Banyak Digunakan Untuk Tonton Porno

Apa-apa pun, memang benar “Play has no limits” tetapi menonton kandungan pornografi bukan sahaja salah di sisi agama. Ia juga sebenarnya tidak sihat dan merosakkan akal fikiran.

Oleh itu, kami menasihatkan jauhilah pornografi. Ia tidak memberikan faedah langsung.

Sumber: pushsquare

Baca juga:

  • Final Fantasy 7 Remake Dari PS Plus Bakal Menerima Kemaskini PS5 Secara Percuma

  • Lepas Ini Mungkin Dah Boleh Main ‘Game’ PlayStation Di Telefon

  • Ini Mungkin Pengganti Kepada Sony PSP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY