Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelitup Muka Ini Boleh Kesan Koronavirus

Pelitup Muka Ini Boleh Kesan Koronavirus

Diterbitkan Disember 17, 2021 oleh Imran Aziz

Dah hampir dua tahun virus Covid-19 menular diseluruh dunia dan dah bermacam-macam cara kita lakukan untuk menghentikannya. Antara kajian terbaru adalah dari sekumpulan pakar penyelidik yang berpengkalan di sebuah universiti Jepun.

Diketuai oleh Yasuhiro Tsukamoto, kumpulan penyelidik tersebut dilaporkan berjaya menghasilkan pelitup muka yang mampu mengesan virus.

Pada Februari tahun lalu, pasukan itu menyuntik koronavirus yang tidak aktif ke dalam burung unta betina dan mereka berjaya mengekstrak sejumlah besar antibodi daripada telur yang dilahirkan oleh burung unta tersebut.

Pelitup Muka Ini Boleh Kesan Koronavirus
Hasil sinaran apabila terdedah dengan cahaya ultraungu

Pasukan itu kemudiannya membangunkan penapis khas yang diletakkan di dalam pelitup muka. Penapis tersebut boleh dikeluarkan dan disembur dengan pewarna pendarfluor yang mengandungi antibodi koronavirus daripada telur burung unta. Jika virus itu ada, penapis akan bersinar apabila terdedah di bawah cahaya ultraungu.

Pasukan Tsukamoto seterusnya menyasarkan untuk memperluaskan percubaan yang meliputi 150 peserta. Presiden universiti itu mendapati bahawa beliau sendiri positif COVID-19 selepas memakai salah satu pelitup muka eksperimen tersebut dan mendapati ia bersinar apabila diperiksa. Beliau mengesahkan statusnya dengan ujian tindak balas rantai polimerase.

Sumber : The Mainichi

Baca Juga :

  • Ini Cara Laporkan Keputusan Ujian Kendiri Di MySejahtera

  • Bukan Koronavirus, Tapi Pengeluar Vaksin Diserang Malware ‘Tardigrade’

  • Telefon Terbaik Bawah RM1500 (2021)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY