Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Perkhidmatan Lorong Tambah Nilai Lebuhraya PLUS Dihentikan Bermula Esok

Harga Tag RFID Touch ‘N Go Mungkin Akan Dikurangkan Selepas Perbincangan Dengan LLM

Diterbitkan Januari 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sedang PLUS dan Touch ‘N Go galak mempromosi tag RFID Touch ‘N Go dan memperluas pelaksanaannya di lebuh raya, pengguna di seluruh negara pula sebaliknya melampiaskan rasa berang mereka di media sosial yang menyebabkan isu ini tular ketika ini.

Hal ini kerana RFID yang sepatutnya melancarkan perjalanan mereka menjadi punca kesesakan di plaza tol lantas memberi kesan pada ribuan pengguna saban pagi. Lorong RFID seperti dikongsi pengguna tidak mengesan tag pada kereta sehingga perlu undur dan masuk berulang kali.

Dengan itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dilaporkan bersedia mengadakan perjumpaan dengan PLUS dan Touch ‘n Go untuk membincangkan pengurangan harga pelekat RFID, menurut FMT.

Isnin lepas, Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof mengarahkan Touch ‘n Go dan PLUS untuk menyelesaikan masalah berkenaan RFID selepas orang ramai memberi reaksi negatif tentang penguatkuasaannya.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui laman sosial Facebook-nya mempersoalkan harga tag RFID yang dikatakan boleh didapati pada harga RM1 di Shopee.

Apa-apa pun, jika hanya harga RFID dikurangkan tetapi isu pelaksanaannya di plaza tol masih menjadi masalah, maka pengguna masih tetap dalam kerugian. Isu yang lebih utama ialah keberkesanan tag RFID dalam membanteras masalah kesesakan lebuh raya.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Baca juga:

  • Ramai Tak Setuju Kos Stiker RFID Sehingga RM35 Sekeping
  • Ini Antara Keluhan Pengguna Berkaitan Penggunaan RFID Touch ‘n GO
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch ‘n Go RFID Pada Kereta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY