Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelayar Edge Terima Ciri Sekatan ‘Scareware’ Dipacu AI, Ini Cara Aktifkannya

Pelayar Edge Terima Ciri Sekatan ‘Scareware’ Dipacu AI, Ini Cara Aktifkannya

Diterbitkan Februari 10, 2025 · Dikemas kini Februari 10, 2025 oleh ariff bukhari

Pengguna aplikasi pelayar Edge kini mula menerima sejumlah ciri keselamatan baharu bagi meningkatkan lagi keselamatan ketika melayari laman sesawang.

Salah satu ciri yang paling menarik perhatian dikenali sebagai ‘Scareware blocker‘.

Scareware Blocker merupakan ciri keselamatan tambahan yang menggunakan model pembelajaran mesin untuk mengenali tanda-tanda penipuan scareware dan membantu pengguna mengawal semula komputer mereka.

Pelayar Edge Terima Ciri Sekatan ‘Scareware’ Dipacu AI, Ini Cara Aktifkannya
Diagram menunjukkan bagaimana ciri scareware blocker berfungsi.

“Scareware” ialah sejenis penipuan sokongan teknikal yang menyerupai laman sokongan sebenar.

Ia menggunakan laman web agresif untuk menakutkan mangsa dengan menyatakan bahawa sistem mereka telah dijangkiti perisian hasad, lalu mendesak mereka untuk menghubungi nombor sokongan teknikal palsu dan cuba mendapatkan akses ke komputer mereka.

Malah laman sesawang scareware juga menggunakan audio serta trik papan kekunci dan tetikus untuk menimbulkan panik kepada pengguna.

Laman palsu itu mungkin memainkan amaran dengan suara komputer yang mendakwa komputer mangsa dijangkiti virus pencuri identiti dan menggesa mereka menghubungi sokongan segera.

scareware 2

Walaupun pengguna yang berpengalaman mungkin cuba menutup halaman dengan menekan ESC, tetapi laman scareware sering cuba merampas kawalan papan kekunci dan tetikus untuk menghalang mereka daripada keluar.

Jadi, dengan adanya ciri Scareware blocker ini, ia dapat melindungi pengguna daripada penipuan baharu dengan menghalang halaman skrin penuh daripada dibuka secara automatik.

Untuk mengaktifkan ciri Scareware blocker, terlebih dulu pastikan anda telah mengemas kini pelayar Edge anda dengan versi terkini.

Semakan boleh dibuat melalui Settings > About Microsoft Edge.

edge scareware

Seterusnya, dari Settings > Privacy, search, and services > Scareware blocker.

scareware 1

Walaupun ciri ini masih dalam peringkat ujian, tetapi Microsoft menawarkan kepada pengguna Edge di PC sebagai pratonton untuk anda mengujinya sendiri.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Perisian Hasad Pembaca Tangkap Layar Ditemui Dalam Aplikasi iOS Buat Pertama Kali
  • Ini Rupa Awal 'AI Mode' Di Carian Google, Bakal Ubah Cara Kita Cari Maklumat

Sumber: Microsoft Edge Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY