Jika anda adalah pengguna bank HSBC Malaysia dan menggunakan aplikasi perbankan HSBC di telefon pintar, khususnya peranti Android, pihak HSBC memaklumkan bahawa, mulai 28 Mei 2024, HSBC akan melancarkan langkah keselamatan baharu kepada versi Android aplikasi Perbankan Mudah Alih HSBC Malaysia.
HSBC menyatakan, langkah keselamatan baharu itu akan membantu mereka melindungi pelanggannya dengan lebih baik daripada kemungkinan penipuan akibat perisian hasad.
Jadi, jika anda telah menghidupkan kebenaran kebolehaksesan (Accessibility) untuk aplikasi tertentu pada peranti Android anda, anda tidak akan dapat menggunakan aplikasi Perbankan Mudah Alih HSBC Malaysia.
Anda akan mendapat makluman tentang perkara ini sebelum aplikasi itu ditutup.
Maka, untuk membuka aplikasi itu dan terus menggunakannya, anda mesti mematikan kebenaran kebolehaksesan (Accessibility) untuk aplikasi tersebut dan/atau menyahpasangnya.
Langkah-langkah mungkin berbeza mengikut peranti. Langkah berikut adalah contoh untuk beberapa model peranti popular sebagai rujukan bagi mematikan kebenaran kebolehaksesan (Accessibility) pada peranti Android:
- Samsung: Buka ‘Settings‘, pilih ‘Accessibility‘, kemudian ‘Installed apps‘.
- Honor: Buka Settings‘, pilih ‘Accessibility features‘, kemudian ‘Accessibility‘ dan ‘Downloaded services‘.
- vivo: Buka ‘Settings‘, pilih ‘Shortcuts & accessibility‘, kemudian ‘Accessibility‘ dan ‘Downloaded apps‘.
- Xiaomi: Buka ‘Settings‘, pilih ‘Additional settings‘, kemudian ‘Accessibility‘ dan ‘Downloaded apps‘.
Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke tetapan peranti (Settings) anda dan menggunakan fungsi carian. Taip ‘accessibility‘, dan ia akan terus mengarahkan anda ke bahagian yang betul.
HSBC menjelaskan, langkah keselamatan baharu ini bagi mengukuhkan perlindungan ke atas peranti Android daripada perisian hasad yang boleh digunakan oleh scammer untuk mengambil alih peranti Android anda.
Selain mengubah tetapan Accessibility, pelanggan HSBC juga disyorkan untuk Reset papan kekunci peranti kepada lalai (default).
Semak juga sama ada anda telah mematikan screen reading pada peranti anda sebelum anda membuka aplikasi Perbankan Mudah Alih HSBC Malaysia.
Jika anda menggunakan peranti mudah alih Samsung, untuk mematikan screen reading, anda boleh pergi ke ‘Settings‘, pilih ‘Accessibility‘, kemudian matikan ‘Talkback‘.
“Anda tidak perlu membuang dan memasang semula aplikasi Perbankan Mudah Alih HSBC Malaysia.” HSBC
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang langkah keselamatan baharu yang ditetapkan HSBC Malaysia ini, layari laman rasmi https://www.hsbc.com.my.
{suggest}
Sumber: HSBC Malaysia