Samsung Galaxy Buds Live - Kaya Dengan Ciri Tapi 'Kureng' Pada Bunyi

Pada tahun lalu, Samsung telah pun melancarkan fon telinga TWS (true wireless earbuds) Galaxy Buds Live.

Menjadikan Galaxy Buds Live unik adalah rekaannya yang berbentuk seakan kacang.



Dari segi ciri-ciri yang ada pula, ia boleh diakses menerusi aplikasi Galaxy Wearable (Samsung Gear) yang memberikan lebih kawalan ke atas fon telinga tersebut.

Antara ciri-ciri yang fon telinga ini yang boleh diakses dari aplikasi tersebut adalah seperti mengaktifkan ciri pembatalan hingar, tetapan arahan sentuhan dan kemas kini perisian fon telinga.



Dari aspek kualiti bunyi pula, Galaxy Buds Live memberikan kualiti audio yang baik dan sedap di dengar. Secara keseluruhan adalah cukup baik dan selesa dipakaikan di telinga.

Ia tidak menghairankan kerana Samsung berkolaborasi bersama AKG bagi menghasilkan TWS merka ini.

Cuma sedikit mengecewakan kerana pada kualiti audio tersebut, ia tidak padan dengan harga peranti yang ditawarkan.



Pada harga RM549.00, Galaxy Buds Live bolehlah penulis simpulkan bahawa peranti TWS dari samsung ini sebagai "over price".

Ini kerana, anda boleh dapatkan peranti audio TWS yang lebih berpatutan harganya serta menyamai kualiti yang disampaikan sepertimana Galaxy Buds Live.

Malah kini terdapat pelbagai TWS yang lebih murah, berpatutang harganya tetapi menyampaikan audio yang lebih baik daripada Galaxy Buds Live ini.

Jadi, apa yang dapat disimpulkan adalah Galaxy Buds Live bukanlah peranti TWS yang mengecewakan.



Malah kualiti binaan produk fon telinga ini juga adalah cukup baik dan selesa dipakaikan pada telinga.

Cuma harganya sahaja yang sedikit terlebih mahal. Tetapi apakan daya, apabila jenamanya adalah dari Samsung.