Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 9 RT

OnePlus 9RT Rasmi Dengan Cip Snapdragon 888 Dan Kamera IMX766

Diterbitkan Oktober 14, 2021 oleh Amsyar Latif

OnePlus 9RT kini secara rasmi diumumkan dan merupakan ahli keluarga baharu dalam barisan telefon pintar OnePlus 9.

Ia tampil sedikit berbeza berbanding model OnePlus 9 biasa. Skrinnya berukuran 6.62 inci daripada Samsung E4 OLED dengan resolusi 2400×1080 bersama sokongan kadar segar semula 120Hz, input sentuh 600Hz serta kecerahan maksimum 1300nit.

Terbina didalam cip pemproses Snapdragon 888, memori LPDDR5, storan UFS 3.1, bateri 4500mAh serta pengecasan pantas 65T.

OnePlus 9RT

Kameranya juga dipertingkatkan di mana hadir 50MP utama menggunakan sensor Sony IMX766 dengan penstabilan optikal OIS yang dipadankan 16MP ultra lebar, 2MP makro dan kamera swafoto 16MP.

Peranti ini turut didatangkan sistem operasi ColorOS 12 berasaskan Android 11, WiFi 6, Bluetooth 5.2 termasuk format codec LDAC dan AAC serta sokongan NFC.

Pra-tempahan OnePlus 9RT sudah pun bermula di China dengan tanda harga jualan mulai 3300 yuan (~RM2194).

Sumber: OnePlus

Baca juga:

  • OnePlus 9R Turut Diumumkan – Cip Snapdragon 870, Panel 120Hz

  • Mulai Tahun 2022, OnePlus Akan Guna Sistem Operasi Gabungan OxygenOS Dan ColorOS

  • ColorOS 12 Global Rasmi, Ini Senarai Telefon OPPO Yang Terima

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY