Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Canon USM

Pelajar USM Berpeluang Cerah Bina Kerjaya Bersama Canon

Diterbitkan Julai 27, 2023 oleh ariff bukhari

Canon Marketing Malaysia (“Canon”) memaklumkan mereka kini bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (“USM”) untuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui pendigitalan disamping memupuk bakat kreatif tempatan.

Kerjasama itu dijalin selepas kedua-dua organisasi menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan menjadikan Canon sebagai Rakan Kongsi Pengimejan Rasmi & Teknologi Pintar USM.

Kerjasama ini membuktikan matlamat lestari yang sejajar antara Canon dan USM demi dunia yang lebih berkualiti buat semua.  

MoA ini merangkumi pelbagai aspek kerjasama termasuk bengkel, penajaan, serta mencipta peluang kepada para pelajar USM.

USM establishes milestone partnership with Canon as the first Official Imaging and Smart Tech Partner

Dengan rangkaian produk pengimejan input dan output Canon yang lengkap diberi keutamaan oleh pihak USM, maka syarikat ini akan menjadi aset penting kepada perjalanan transformasi digital USM dalam memperkasakan ekosistem selain meningkatkan kecekapan.

Canon juga akan mengendalikan bengkel fotografi dan videografi sebanyak 4 kali setahun untuk pelajar dan staf USM demi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka.

Canon akan menaja Festival Filem Anak Muda (FFAM) yang dianjurkan oleh Sekretariat Protégé USM dan Dewan Budaya USM bagi memupuk kerjaya untuk bakat kreatif dalam industri.

Canon juga akan meminjamkan kamera untuk menyokong usaha kreatif pelajar yang menganjurkan festival ini.

Dengan itu, pelajar-pelajar USM dapat memanfaatkan kepakaran industri Canon dalam pameran kerjaya, ceramah serta jerayawara di kampus yang akan datang dan menjadikan Canon sebagai rakan penempatan dan latihan praktikal.

Para pelajar USM mempunyai kelebihan dari segi perkembangan kemahiran, pendedahan industri, serta peluang kerjaya dengan adanya sokongan daripada Canon.

Dedikasi USM terhadap transformasi digital diperkasakan dengan pencapaiannya baru-baru ini apabila menduduki kedudukan keempat terbaik dunia dalam 2023 Times Higher Education Global Impact Rankings (THE-GIR).

Berkaitan

  • 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai e-Tunai Rakyat
  • USM Jadi Lokasi Ladang Stesen Bumi Dan Pusat Teknologi Angkasa Tercanggih Di Malaysia
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”

Sumber: Siaran Media Canon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY