Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
angkasa malaysia

USM Jadi Lokasi Ladang Stesen Bumi Dan Pusat Teknologi Angkasa Tercanggih Di Malaysia

Diterbitkan Mei 22, 2022 oleh ariff bukhari

Penduduk Negeri Pulau Pinang pastinya berbangga kerana mereka bakal memiliki Ladang Stesen Bumi dan Pusat Teknologi Angkasa tercanggih.

Projek yang diusahakan oleh Angkasa-X Holdings Corp yang bernilai RM30 juta itu dijangka siap hujung tahun ini juga.

Projek itu juga turut disokong oleh 9 syarikat elektrik dan elektronik yang berpangkalan di Pulau Pinang.

Memorandum persefahaman (MoU) antara 9 syarikat itu dengan Angkasa-X bagi mewujudkan hub teknologi angkasa itu di Pulau Pinang telah pun diadakan dalam bulan Februari 2022 lalu.

USM Jadi Lokasi Ladang Stesen Bumi Dan Pusat Teknologi Angkasa Tercanggih Di Malaysia
9 Syarikat yang menandatangani MoU dengan Angkasa-X adalah Swift Bridge Technologies Sdn Bhd, Cortex Robotics Sdn Bhd, MechModule Technology Sdn Bhd, Lingtec Instruments Sdn Bhd, HP Malaysia Manufacturing, GSH Precision Technology, AzPower Sdn Bhd, Texchem (M) Sdn Bhd dan LBSB Sdn Bhd.

Ladang Stesen Bumi dan Pusat Teknologi Angkasa itu sedang dibina di dalam kawasan Universiti Sains Malaysia (USM) yang memperuntukan tanah seluas 0.81 hektar.

Ladang Stesen Bumi akan berfungsi sebagai tapak penerimaan satelit.

Manakala Pusat Teknologi Angkasa pula akan dijadikan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi teknologi penyelesaian, serta sebagai tempat pemasangan, integrasi dan pengujian satelit orbit bumi rendah.

Angkasa-X juga memaklumkan, mereka merancang untuk melancarkan 2 satelit pada masa akan datang iaitu satelit penderiaan jauh dan satelit komunikasi.

Sumber: Angkasa-X, Bernama

Baca juga:

  • Cantik Dan Paling Penting Mesra Poket, Ini Peranti Terbaik Untuk Raya Anda
  • ‘Sinkhole’ Diliputi Hutan Berusia Jutaan Tahun Ditemui Di China
  • Sertai Liga Amatur MLBB ROG x Yoodo, 20,000 ‘Diamond’ Menanti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY