5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai e-Tunai Rakyat

Pastinya rata-rata rakyat Malaysia kini tidak sabar menantikan insentif e-Tunai Rakyat yang bakal dilancarkan lebih kurang dalam masa tiga minggu sahaja lagi.

Kementerian Kewangan sebelum ini pun telah mengumumkan bahawa RM 450 juta akan diagihkan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang dari RM 100,000 setahun.

Program e-Tunai Rakyat ini adalah inisiatif Belanjawan 2020 oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia, dan ia juga bertujuan untuk memupuk gerakan digital yang lebih selamat dan cekap. Insentif ini boleh digunakan di mana-mana rakan niaga yang terlibat.

5 perkara yang anda perlu tahu sebelum menggunakan insentif e-Tunai Rakyat

  • Aplikasi e-dompet mana yang menerima e-Tunai Rakyat?


Touch 'n Go eWallet, Boost dan GrabPay telah dipilih sebagai e-dompet rasmi bagi program ini. Anda boleh memuat turun aplikasi tersebut di Google Play Store atau App Store.

  • Bagaimanakah e-Tunai Rakyat ini akan dijalankan?


Daripada RM 450 juta tersebut, RM 30 akan diberikan kepada akaun e-dompet individu. Pembayaran akan berlaku secara sekaligus sahaja.

  • Apakah syarat penggunaannya?


Boleh digunakan untuk membeli sebarang produk dan perkhidmatan dalam negara seperti apa yang ditawarkan dalam aplikasi e-dompet yang terlibat. Ia hanya boleh digunakan sehingga 14 Mac 2020 dan kemudiannya luput. Anda tidak boleh memindakan wang tersebut kepada mana-mana pengguna lain.

  • Bolehkah memohon e-Tunai Rakyat melalui lebih daripada satu aplikasi e-dompet?


Pastinya tidak. Setiap individu hanya layak menerima RM 30 daripada satu aplikasi e-dompet sahaja. Oleh itu, permohonan menerusi e-dompet lain akan ditolak selepas permohonan diterima daripada satu aplikasi.

  • Apa yang akan berlaku kepada baki e-Tunai Rakyat yang tidak digunakan?


Selepas 14 Mac 2020, segala baki yang tidak digunakan akan luput dan tidak boleh digunakan lagi. Jadi, manfaatkan RM 30 tersebut dengan sehabis baik.

Sumber: Touch 'n Go eWallet