Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar IPT B40 Boleh Memohon Tablet Mulai Pertengahan April 2022

Pelajar IPT B40 Boleh Memohon Tablet Mulai Pertengahan April 2022

Diterbitkan Mac 7, 2022 oleh Nadiah Ab

Seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2022, pelajar institusi tinggi dari keluarga B40 boleh memohon peranti di bawah program Peranti Siswa (PERSIS) bermula pertengahan April ini.

Siswa siswi dari keluarga miskin dan B40 yg mengikuti kursus diploma dan ijazah di IPTA dan IPTS,yg memerlukan peranti utk pembelajaran ,boleh memohon peranti di bawah PERSIS(Program Peranti Siswa-KKMM) mulai pertengahan April ini.Peranti akan di sediakan mulai JUN 2022. pic.twitter.com/jCdx75tQEA

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 4, 2022

Terdahulu, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif kolaborasi bersama beberapa syarikat telekomunikasi terpilih yang dinamakan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PERSIS).

Program PERSIS di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan membekalkan sebuah peranti tablet untuk setiap pelajar kategori B40 di institusi pengajian tinggi.

KKMM turut menyatakan inisiatif ini akan dapat membantu seramai 600,000 pelajar IPT dari keluarga B40 dari seluruh negara.

Untuk merealisasikan program ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM450 juta, serta RM65 juta dari syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat.

Syarikat telekomunikasi yang terlibat termasuk Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM), dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Peranti akan tersedia untuk semua pelajar IPT dari keluarga B40 yang memohon mulai bulan Jun 2022.

Sumber: KKMM

Baca juga:

  • U Mobile & Qualcomm Bekerjasama, Sediakan Perkhidmatan Teleperubatan Untuk B40
  • KKMM Umum Pakej Remaja Dan Peranti Keluarga Malaysia
  • KKMM: Keputusan Berkaitan 5G Akan Dimuktamadkan Jumaat Depan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY