Pada tahun 2021, penggunaan internet adalah satu keperluan. Namun, masih banyak kawasan di Malaysia tidak mempunyai liputan internet yang baik.
Baru-baru ini, seorang pelajar dari SMK Datuk Haji Hussein, Selama, Perak terlibat dalam kemalangan dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping kerana mengalami cedera parah tetapi dalam keadaan stabil.
Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu ketika beliau menunggang motosikal untuk ke rumah bapa saudaranya kerana di situ, capaian internet lebih cemerlang berbanding di kawasan rumahnya.
Tambahan lagi, sebenarnya kakak pelajar malang itu telah beberapa kali hantar aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Akan tetapi, sehingga kini masih tiada tindakan. Malah, masalah internet yang dihadapi mereka sudah dialami sejak bertahun lamanya.
Lantaran itu, ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin mengatakan sebanyak 10 pencawang bakal menerima naik taraf melalui Program Jendela bagi tempoh 2021 hingga 2022 agar masalah ini dapat diatasi.
Sumber: bernama
Baca juga – Senarai 10 Peranti Bawah RM600 Yang Sesuai Untuk PdPR
Baca juga – 8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker
Baca juga – Pelajar Lepasan SPM 2020 Dipelawa Memohon Biasiswa Yayasan TM