Pelajar Lepasan SPM 2020 Dipelawa Memohon Biasiswa Yayasan TM

Yayasan TM (YTM) menjemput para pelajar lepasan SPM 2020 yang baru sahaja memperoleh keputusan peperiksaan mereka untuk memohon biasiswa   Yayasan TM Future Leaders 2021.

Pelajar yang berjaya mendapat biasiswa itu akan berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Multimedia (MMU).

Kelebihan pelajar dengan biasiswa YTM bukan sahaja mendapat sokongan kewangan sepanjang pengajian mereka tetapi juga turut dapat mengikuti program-program yang disediakan untuk masa hadapan mereka apabila memasuki dunia pekerjaaan.

Tetapi para pelajar perlu memohon dengan segera kerana permohonan biasiswa itu akan ditutup pada 20 Jun 2021 ini.

Untuk info lebih lanjut anda boleh terus ke laman rasmi Yayasan TM atau imbas sahaja kod QR di bawah.



Sumber: TM