Cara Semak Saman Polis Secara 'Online' Dan SMS

Membayar saman akibat speed trap merupakan satu pengalaman biasa bagi pemandu di Malaysia. Hampir setiap tahun, ada saja diskaun diberikan pada beberapa kategori saman PDRM.

Sebelum menjadi warganegara bertanggungjawab yang membayar saman, pertama dahulu mestilah menyemak jumlah saman.

Terdahulu, saman PDRM boleh disemak melalui MyEG namun kini tidak lagi. Pautan semakan saman padanya juga membawa ke laman web MyBayar Saman.

Ikuti cara di bawah untuk menyemak saman anda atau kenderaan anda.

SMS


Ini merupakan salah satu cara tradisional yang telah tersedia lama. Tidak perlu internet, namun anda akan dicaj RM0.20 untuk setiap balasan anda terima,

Taip POLIS SAMAN <nombor plat> dan hantar ke 15888. Contohnya;

  • POLIS SAMAN ABC1234


atau POLIS SAMAN <nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888. Contohnya;

  • POLIS SAMAN 611214101234


Aplikasi dan laman web MyBayar Saman


Masuk ke laman web MyBayar Saman iaitu https://mybayar.rmp.gov.my.

Anda juga boleh memuat turunnya ke telefon melaui App Store dan Play Store.

Jika anda tidak pernah mendaftar, maka tekan Daftar atau New User Sign Up.



Ikut setiap langkah dengan mengisi maklumat anda dengan tepat.



Selesai daftar, kembali ke halaman utama dan log masuk.

Anda langsung akan dipaparkan dengan saman jika anda.


Boleh semak saman kereta lain?


Diingatkan, sistem MyBayar Saman terpaut dengan nombor kad pengenalan anda, bukan nombor plat kenderaan.

Selain itu, anda tidak boleh melakukan semakan dengan memasukkan data, sebaliknya ia secara automatik akan menyenaraikannya berdasarkan nombor kad pengenalan.

Hanya saman yang dikenakan terhadap kenderaan yang didaftarkan di bawah nama anda sahaja dipaparkan.

Jadi, anda tidak boleh menyemak saman kereta yang tidak didaftarkan di bawah nama anda.

Misalnya, anda menggunakan kereta milik nenek anda. Jadi, saman terhadap kereta tersebut tidak dapat disemak melalui MyBayar Saman.

Macam mana nak semak saman kereta bukan milik saya?


Anda boleh melakukannya seperti kaedah pertama ditunjukkan di atas iaitu melalui SMS.