Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa mereka telah berjaya menumpaskan pusat panggilan sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian yang menyasarkan warga tempatan dan warga asing di Malaysia yang ingin bekerja di Australia.
Kejayaan itu adalah hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh PDRM sejak Februari 2022 lalu.
Seramai 9 orang warga tempatan berumur antara 20 tahun hingga 31 tahun telah berjaya ditahan yang disyaki terlibat dengan sindiket tersebut.
PDRM mendedahkan, sindiket itu menggunakan platfom media sosial seperti aplikasi permesajan WhatsApp, Instagram dan Facebook bagi mengiklankan tawaran kerja itu.
Alamat Facebook yang digunakan pula adalah seperti berikut:-
- https://www.facebook.com/ecotravelmalaysia
- https://www.facebook.com/malaysiaecotravel
Malah sindiket itu juga turut menggunakan laman sesawang https://www.malaysia-ecotravel.com yang menunjukkan cara memohon Visa kerja di Australia.
- verify with passport original
- prepare the document required
- prepare for the fees
- book an appointment & receive Visa
Mangsa akan dikenakan bayaran sejumlah RM1,400 (AUD420) bagi kos pemprosesan permohonan.
Tangkap layar yang menunjukkan dokumen permohonan telah dihantar pula akan ditunjukkan kepada mangsa sebagai bukti bagi meyakinkan mangsa mereka.
Selepas bayaran dibuat, sindiket akan menghantar salinan dokumen palsu pula kepada mangsa dengan menggunakan kepala surat yang kononnya dari Kerajaan Australia.
PDRM menyatakan, setakat ini terdapat seramai 1,023 individu telah membuat aduan kepada pihak kedutaan tentang sindiket ini.
Pihak polis pula telah menerima sebanyak 28 laporan dengan nilai kerugian sebanyak RM155,472.00.
Kebanyakkan mangsa adalah terdiri daripada warga Bangladesh, Pakistan dan Malaysia.
Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap sebarang iklan tawaran kerja yang mencurigakan.
Sumber: PDRM
Baca juga: