Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Group’ WhatsApp Dapat 4 Ciri Baharu, ‘Admin’ Lebih Berkuasa

Jangan Tekan Pada Pautan Cabutan Bertuah Petronas Di Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan April 24, 2022 · Dikemas kini April 25, 2022 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komesil (JSJK) memaklumkan tentang kewujudan laman sesawang palsu berkaitan cabutan bertuah Petronas.

Pautan laman sesawang palsu itu dikesan disebarkan melalui aplikasi permesejan WhatsApp.

Hasil siasatan PDRM mendapati, apabila pautan itu ditekan, mangsa akan dibawa ke laman sesawang yang dipercayai sebagai ‘phishing website‘ yang kelihatan seperti laman cabutan bertuah kononnya dianjurkan oleh Petronas.

petronas scam
Contoh pautan palsu berkaitan perkara ini yang diterima oleh penulis sendiri.

Pengguna akan diminta menjawab 4 soalan kaji selidik ringkas yang dipercayai direka bagi tujuan mendapatkan data  mangsa.

Selesai menjawab, mangsa dikehendaki pula menghantar pautan yang diterima mereka di WhatsApp itu kepada 20 orang hubungan mereka pula.

PDRM menegaskan bahawa laman sesawang itu adalah palsu dan tiada sebarang kaitan dengan Petronas.

Screenshot 2022-04-24 at 10.47.18 AM
Contoh pautan palsu berkaitan perkara ini yang dikongsikan oleh pihak PDRM.

Oleh itu orang ramai dinasihatkan untuk tidak menekan pautan yang diterima mereka itu dari pihak tidak dikenali mahupun kenalan mereka kerana dipercayai pautan tersebut mengandungi Trojan/Malware yang boleh membahayakan data yang disimpan dalam peranti pengguna.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsikan pautan itu kepada pengguna lain pula jika mereka ada menerimanya.

Sumber: PDRM

Baca juga:

  • Ini Cara Buat ‘Sticker’ Bergerak Pada Aplikasi WhatsApp
  • TNG NFC Lancar, Ini Perbezaan Dengan TNG Lama
  • Akhirnya, Kad TNG NFC Mula Dijual Dan Berfungsi Sepenuhnya Secara Rasmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY