Empat Syarikat ’Telco’ Berjaya Siapkan 60 Menara Baru 4G, Digi Alami Isu

Melalui laporan JENDELA bagi suku pertama tahun ini, sasaran pembinaan 60 menara 4G baharu seluruh negara telah berjaya dicapai.

Kesemua menara ini dibina dengan kerjasama dan persetujuan keempat-empat pemain industri iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile.

Celcom dilihat bukan sahaja mencapai sasaran malah melebihinya dengan pencapaian 125%. Ini bermakna mereka telah membina beberapa buah menara lebih berbanding sasaran awal.

Maxis dan U Mobile turut berjaya mencapai sasaran 100% walaupun tidak didedahkan pembahagian setiap syarikat untuk 60 menara ini.

Digi bagaimanapun hanya berjaya mencapai 94% akibat isu permit dengan penguat kuasa di Sabah.


Aduan
daripada pelanggan pula pada Januari mencatatkan 8,615, menurun ke 7,004 pada Februari namun meningkat semula ke 8,184 pada Mac 2022.

Dalam kesemua aduan dimajukan, rungutan berkenaan prestasi 4G paling banyak diterima dalam ketiga-tiga bulan. Keluhan mengenai ketiadaan 4G pula berada di tempat kedua.



Kuala Lumpur dinobatkan di tempat pertama aduan paling banyak dilaporkan manakala Petaling di tempat ke-2 dan Johor Bharu di tempat ke-3.

Lima kawasan mengalami masalah rangkaian paling kritikal pula ialah Kg. Mengkapon Darat, Pitas, Sabah (selesai), Kg. Ulak, Limbang, Sarawak (selesai), Kg. Wawasan di Labuan dan Kg. Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu di Kedah serta Kg. Batu Gajah & Kg. FELCRA Bukit Tandak di  Kelantan.

Pembinaan menara di 3 kawasan terakhir tersebut dijangka siap penghujung 2022.

Baca juga: