Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Agensi Nuklear Malaysia Hasilkan Kit Rawatan Melegakan Sakit Kanser

Posted on Mei 11, 2022

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang merupakan agensi di bawah MOSTI memainkan peranan besar kepada landskap perubatan negara kerana dapat menjimatkan kos di mana ubat yang diperlukan tidak perlu lagi diimport dari luar negara.

Nuklear Malaysia baru-baru ini memaklumkan bahawa mereka telah menghasilkan radio isotop Samarium 153 bersama kit EDTMP (ethylenediamine tetramethylene phosphonate) untuk rawatan paliatif pesakit kanser.

Samarium 153 ini digunakan untuk membantu melegakan kesakitan tulang bagi pesakit yang menghidapi penyakit kanser tahap kronik.

Kebanyakan pesakit kanser contohnya kanser prostat, payudara atau paru-paru, mereka menanggung kesakitan yang melampau pada tulang.

Jadi dengan rawatan sinaran ini, ia mampu melegakan kesakitan tersebut berbanding menggunakan steroid yang menjejaskan aktiviti fizikal pesakit.

Samarium 153 selamat digunakan ke atas pesakit kanser.

Di Amerika Syarikat, penggunaan Samarium 153 EDTMP telah pun diluluskan oleh U.S FDA (United States Food and Drug Administration) sebagai “bone palliative treatment“.

Sumber: Agensi Nuklear Malaysia

Baca juga:

  • Agensi Nuklear Malaysia Bangunkan Bagang Penangkapan Bilis Terapung Biokomposit
  • Keselamatan Siber Malaysia Setanding Rusia, Jauh Hebat Berbanding Israel
  • Jenayah Lain Menurun Tapi Jenayah Siber Mencanak Naik Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress