Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asus marshmallow keyboard

Papan Kekunci ASUS Menang Anugerah Tiba Di Malaysia, Berharga RM179

Diterbitkan Ogos 30, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan papan kekunci tanpa wayar terbaru mereka dalam pasaran tempatan iaitu ASUS Marshmallow Keyboard KW100.

Papan kekunci ASUS ini adalah pemenang dalam anugerah Red Dot 2023 bagi kategori Reka Bentuk Produk.

Marshmallow Keyboard KW100 direka dalam saiz kompak dan nipis dan hadir dalam pilihan 2 warna menarik iaitu Oat Milk dan Green Tea Latte.

ASUS Marshmallow KW100-6

 

Sesuai untuk digunakan bersama komputer anda setiap hari, suis papan kekunci ini mampu bertahan sehingga 10 juta kali klik. Ia juga dilengkapi ciri kekunci suis sistem yang membolehkan anda menukar dengan mudah sama ada mod Windows, ChromeOS, MacOS, iOS atau iPadOS.

Selain itu, papan kekunci ini juga boleh dipadankan bersama tetikus ASUS Marshmallow Mouse MD100 yang turut hadir dalam pilihan warna Oat Milk dan Green Tea Latte.

ASUS Marshmallow Keyboard KW100_Scenario Photo_Green Tea Latte_04

Papan kekunci ASUS Marshmallow Keyboard KW100 dan tetikus Marshmallow Mouse MD100 sudah pun berada di pasaran tempatan sekarang dengan masing-masing berharga RM179 dan RM149.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ROG Ally - Jentera 'Gaming' Mudah Alih Power Tapi Belum Sempurna
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • Pakej 5G Rahmah: U Postpaid 68 Ditingkatkan Kuota Sebanyak 2 Kali Ganda

Sumber: Siaran media ASUS Malaysia

(Beli pelbagai produk asli ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY