Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Panasonic Perkenal Vakum Tanpa Wayar Baharu, Tiada Lagi Helaian Rambut Tersekat

Panasonic Perkenal Vakum Tanpa Wayar Baharu, Tiada Lagi Helaian Rambut Tersekat

Diterbitkan Mac 10, 2022 oleh Anis Maisarah

Panasonic telah memperkenalkan produk baharu mereka iaitu Tangle-Free Hair Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-SB85) atau Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kekusutan Rambut. Vakum tersebut merupakan satu pelaburan yang baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah.

Hal ini kerana, vakum ini mampu menyedut kusutan helaian rambut dengan muncung kuasa baharu kerana ia disalut dengan plat ion untuk meneutralkan bakteria bagi meningkatkan tahap kebersihan.

Selain itu, penggunaan vakum daripada Panasonic ini juga membolehkan anda untuk melaraskan tahap sedutan secara automatik. Ia juga mempunyai sensor habuk dengan sistem penapis anti sumbat dan tahan karat bagi memudahkan penyenggaraan.

Kuasa sedutan 150W vakum ini mampu bertahan sehingga 85 minit. Jadi, anda pasti tidak akan mengalami masalah bateri vakum cepat habis ketika melakukan aktiviti pembersihan.

Harga jualan vakum MC-SB85 ini ialah RM2799 yang mana boleh didapati melalui penjual sah di seluruh negara dan juga gedung dalam talian Panasonic.

Sumber : Sidang Akhbar Panasonic

Baca juga :

  • Pengering Rambut Dan Robot Vakum Xiaomi Boleh Mula Dibeli Hari Ini
  • Vakum Philips SpeedPro Max Aqua Beri Fungsi Pembersihan 3 Dalam 1
  • realme Malaysia Lancar Vakum, Pembersih Udara Dan Pengering Rambut

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY