Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rasmi, Harga Internet Jalur Lebar Tetap Kini Diturunkan Sebanyak RM20/bulan

Rasmi, Harga Internet Jalur Lebar Tetap Kini Diturunkan Sebanyak RM20/bulan

Diterbitkan Mac 30, 2023 · Dikemas kini Mac 30, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis dan YTL komited memastikan kesalinghubungan digital kepada golongan sasar untuk menikmati akses Internet jalur lebar tetap dengan harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

Jadi seperti yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bulan Februari lalu, harga internet Wi-Fi rumah kini berjaya diturunkan sebanyak RM20 sebulan menerusi pkempen Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet).

Pakej tersebut telah disempurnakan pelancarannya oleh beliau di Dewan Penduduk Taman Sri Wang, Sg Petani, Kedah, hari ini.

KKD 1

Pakej Perpaduan ini menyasarkan golongan B40, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di mana mereka boleh menikmati kelajuan Internet sehingga 30Mbps dan data tanpa had hanya pada harga  RM69.00 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan daripada penyedia perkhidmatan.

Berkaitan

  • Pakej Perpaduan: Time Sediakan 100Mbps Pada RM69/Bulan Untuk Penduduk PPR
  • Pakej Perpaduan CelcomDigi Juga Dilancar, Ada Pas Tambahan Internet Serendah RM3
  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan

Sumber: KKD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY