Pakej TM unifi 100Mbps Naik Harga Selepas 2 Tahun Langganan

TM sebelum ini telah memperkenalkan beberapa pelan baharu dengan harga yang lebih berbaloi kepada pelanggan mereka. Ini dibuat sempena menyahut seruan pihak kerajaan(SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang lebih murah.

Antara pakej baharu yang ditawarkan ialah TM unifi 100Mbps dengan harga RM 129 sebulan. Pakej ini dilihat antara yang paling laris dan digemari oleh para pelanggan memandangkan ia menawarkan langganan bulanan yang berbaloi disamping kelajuan internet yang tinggi.



Bagaimanapun, melihat kepada kandungan FAQ terbaru mereka, didapati pihak TM ada menyatakan bahawa harga langganan bagi pakej 100Mbps ini akan dinaikkan kepada RM 159 selepas tempoh dua tahun langganan.

Perkara ini juga nampaknya telah tular di media sosial, di mana terdapat beberapa orang pengguna dilihat mempersoalkan perkara ini. Akan tetapi, sekiranya pengguna sedia ada tidak setuju dengan harga langganan baru ini, anda boleh sahaja membatalkan langganan selepas tempoh kontrak 24 bulan berakhir.

Kemaskini : 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo telah pun mengarahkan SKMM untuk menghubungi pihak TM berhubung perkara ini. Satu laporan khas mengenainya dijangka akan dihantar pada minggu hadapan.

https://twitter.com/GobindSinghDeo/status/1063676686992982017

 

Sumber: FAQ TM Unifi Home Plans