Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dapatkan 70GB Internet Sebulan Dengan Prabayar Tune Talk Cun Value

Dapatkan 70GB Internet Sebulan Dengan Prabayar Tune Talk Cun Value

Diterbitkan Oktober 10, 2019 oleh Haikel Areff

Dengan melanggani pakej prabayar Cun Value, anda akan mendapat lebih banyak data untuk memainkan dan menonton video serta muzik kegemaran, bermain permainan secara lancar dan membuat panggilan tanpa had kepada semua rangkaian.

Kini anda boleh mendapatkan 70GB sebulan dengan harga RM48 apabila anda melanggani pek prabayar Cun Value daripada Tune Talk.

Tune Talk ada menawarkan beberapa pakej menarik untuk pengguna yang mahu melanggani pek prabayar ini. Antaranya adalah:

Dapatkan 70GB Internet Sebulan Dengan Prabayar Tune Talk Cun Value

Namun, apabila anda melanggani pakej bulanan yang berharga RM48 tersebut, anda akan mendapatkan:

  • 10GB data internet berkelajuan tinggi
  • 60GB untuk memainkan dan menonton video (2GB sehari untuk sebulan)
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • 10GB internet asas
  • Berbual di 5 aplikasi terpilih seperti Whatsapp, WeChat, Line dan bermacam lagi. Bersosial di Instagram, Twitter, Facebook dan mendengar muzik di Spotify, Joox, Syok yang boleh diakses tanpa had selama sebulan

Dapatkan 70GB Internet Sebulan Dengan Prabayar Tune Talk Cun Value

Satu pakej pelan prabayar lengkap yang berbaloi untuk dinikmati ramai. Apa yang anda perlu lakukan adalah dapatkan pek prabayar Tune Talk Cun Value ini dan membuat tambah nilai minimum RM30 dalam masa 7 hari selepas pengaktifan.

Selain itu, di bawah pakej Cun Value ini, Tune Talk juga menawarkan orang ramai dengan pas tanpa had untuk kegunaan harian bernilai RM1 sahaja tanpa sekatan pada semua aplikasi kegemaran anda.

Dapatkan 70GB Internet Sebulan Dengan Prabayar Tune Talk Cun Value

Muat turun aplikasi Tune Talk di telefon pintar anda untuk melanggani pelan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej Cun Value, boleh lihat terus di laman tunetalk.com.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY