Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pakej Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Dan Peranti Keluarga Malaysia Kini Boleh Dilanggan

Diterbitkan Oktober 15, 2021 ยท Dikemas kini Oktober 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan Pakej Peranti dan Remaja Keluarga Malaysia. Kini, pakej tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi dan sudah mula boleh dilanggan oleh individu yang layak mulai hari ini.

Melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia, ia menawarkan 20GB data untuk 3 bulan dengan hanya RM30 yang mana bayaran dilakukan sebanyak RM10 sebulan.

Pakej Remaja

Selain itu, ia turut memberikan 30GB data percuma sebulan (1GB setiap hari) selama 3 bulan yang boleh digunakan untuk aktiviti produktiviti seperti PdPR dan sebagainya. Malah, pelanggan juga akan menikmati internet asas tanpa had.

Bagi Pakej Peranti Keluarga Malaysia, ia bertujuan setiap keluarga mampu menaik taraf kepada peranti mudah alih 4G dan VoLTE secara percuma.

Pakej Peranti

Peranti tersebut boleh dimiliki dengan langganan bulanan serendah RM40 sebulan dengan kontrak selama 12 hingga 24 bulan (tertakluk pada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan).

Pakej ini adalah termasuk 30GB data percuma (1GB setiap hari) untuk tujuan aktiviti produktiviti.

Oleh yang demikian, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang menawarkan pakej tersebut adalah Celcom, Digi, Maxis, TM, U Mobile dan Yes.

Sumber: KKMM

Foto utama: KKMM

Baca juga:

  • Ada Unsur Perjudian Berkaitan Unknown Cash (UC) PUBG? Ini Jawapan Mufti

  • Apple Kata iOS Lagi Selamat Daripada Android

  • Google Adakan Syarat Untuk Peranti Menjalankan Android 12

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY