Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jenayah siber

Pakar Keselamatan Siber Di Malaysia ‘Tak Cukup Tangan’ Tepis Serangan Siber

Diterbitkan Jun 7, 2022 ยท Dikemas kini Jun 7, 2022 oleh ariff bukhari

Sophos Malaysia melaporkan, peralihan perniagaan dan organisasi kepada ekonomi digital dengan pesat sejak bermulanya pandemik COVID-19 telah menyebabkan peningkatan serangan siber.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, dalam tahun 2021 sahaja terdapat lebih daripada 20,000 kes jenayah siber dilaporkan melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM560 juta.

Sungguhpun begitu, menurut laporan tahunan Sophos, masih ramai pemilik-pemilik syarikat dan ketua-ketua organisasi beranggapan bahawa perniagaan atau organisasi mereka tidak akan sesekali berdepan serangan siber.

Tambah Sophos lagi, dari kaji selidik mereka didapati hanya 29% pengurusan dalam sesebuah organisasi di Malaysia betul-betul memahami tentang isu keselamatan siber.

Menurut Sophos, pakar-pakar keselamatan di Malaysia tidak cukup tangan berdepan dengan serangan-serangan siber yang bertambah dan semakin sukar untuk ditangani.

Malah, kekurangan tenaga pakar dalam industri keselamatan siber di Malaysia semakin meruncing yang perlu ditangani segera.

Sumber: Media Sophos

Baca juga:

  • iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain ‘Lockscreen’ Baharu
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16
  • iOS 16 Membenarkan Kunci Album ‘Hidden’ Dan ‘Recently Deleted’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY