Xiaomi Mi 8 telah dilancarkan ke pasaran kira-kira dua bulan yang lepas dan telah terjual lebih dari satu juta unit setakat hari ini. Ini dibantu oleh populariti Xiaomi sebagai pengeluar yang mampu menyediakan peranti dengan spesifikasi terkini tanpa perlu mengosongkan dompet pengguna. Mi 8 Explorer Edition turut diperkenalkan dalam majlis yang sama, namun peranti ini…
Unifi Basic 30Mbps Dengan Harga Langganan RM 79 Sebulan
Lanjutan dari pengumuman yang dibuat oleh TM tempoh hari, satu pelan berkelajuan 30Mbps dengan kadar langganan bulanan sebanyak RM79 telah diperkenalkan secara rasmi hari ini. Dikenali sebagai Unifi Basic ia hadir sebagai pelan permulaan yang menyasarkan kepada pengguna daripada golongan isi rumah berpendapatan bawah RM4500. Walaupun begitu, terdapat kuota data bagi Unifi Basic dimana had…
Apa Dah Jadi Dengan MySpace?
Media sosial mula menjadi kegilaan ramai pada awal tahun 2000. Sebahagian besar penggunanya terdiri daripada golongan remaja yang dahagakan interaksi sesama mereka. Antara medium yang paling popular digunakan ketika itu adalah MySpace. Dibangunkan pada Ogos 2003 oleh Brad Greenspan, Chris DeWolfe, Josh Berman dan Tom Anderson yang merupakan sekumpulan pekerja dari firma pemasaran eUniverse . Di…
TM Umum Kenaikan Kelajuan Tanpa Cas Tambahan Untuk Pelanggan Mereka
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, TM telah mengumumkan bahawa pelanggan pakej Unifi mereka akan menerima penaikkan-taraf kelajuan internet mereka sehingga 10 kali ganda lebih pantas dengan pengenalan Unifi Turbo. Perkara ini telah disahkan oleh pihak TM pada 12 Julai. Lebih menggembirakan lagi, tiada kenaikan harga pada cas bulanan dikenakan pada peningkatan kelajuan ini. Ia bermakna,…
Purata Kelajuan Internet Global Meningkat 23% Berbanding Tahun Lepas
Internet yang pantas amat penting bagi kehidupan seharian pada hari ini. Ia jelas penting dalam membantu manusia untuk menyelesaikan pelbagai tugasan kerja, membuat pesanan makanan mahupun untuk berhibur. Namun, adakah internet hari ini sudah cukup pantas? Atau ia boleh dipertingkatkan lagi ke tahap yang jauh lebih pantas? Menurut data yang diperolehi daripada kajian pihak M-Lab,…
Penstrim Twitch Terkenal, Shroud ‘Diharamkan’ Selama 30 Hari
Michael “Shroud” Grzesiek atau dikenali dengan nama in-game Shroud dilaporkan telah diharamkan oleh PUBG setelah didapati melanggar peraturan di dalam permainan. Dia yang terkenal di kalangan pemain PUBG telah diletakkan bersama penggodam di dalam satu pasukan. Bagi mereka yang tidak memahami bagaimana permainan PUBG dimainkan, setiap sesi permainan, setiap orang akan diberi pilihan untuk bermain seorang diri,…
