Dijangka akan ditayangkan dipawagam pada 28 Jun ini. Kepada anda yang belum sedia maklum, filem Avengers: Endgame diuar-uarkan akan ditayangkan semula dalam masa terdekat ini. Ia disahkan sendiri oleh produser filem tersebut merangkap presiden Marvel Studios, Kevin Feige semasa interview beliau bersama Screen Rant. Filem tersebut dikatakan akan mengandungi klip tambahan selepas selesai kredit filem tersebut….
HONOR Tawar Diskaun Dan Pelbagai Lagi Sempena Ulangtahun Ke-5
HONOR sudah beberapa tahun menempa nama di Malaysia dengan memasarkan peranti terbaik mereka bagi menarik minat pembeli tempatan. Memiliki 22 HONOR Experience Store (HES) di seluruh negara, jenama tersebut dijangka akan membuka lebih banyak cawangan pada masa akan datang. Meraikan detik penting bersempena ulangtahun ke-5, HONOR Malaysia akan mengadakan acara terbesar dengan menawarkan tawaran yang…
Apple Melancarkan Program Penggantian Bateri Percuma Untuk Pemilik Macbook Pro 15″
Untung la… Apple hari ini mengumumkan mereka memanggil semula model Macbook Pro 15″ yang dijual antara September 2015 dan Februari 2017. Ia berikutan masalah bateri pada Macbook Pro tersebut yang mungkin boleh menjadi terlampau panas sehingga boleh berlakunya kebakaran sekaligus membahayakan penggunanya. Jadi, bermula daripada hari ini, Apple telah menawarkan program penggantian bateri bagi model…
Cara Membuang Aplikasi Pemain Adobe Flash Daripada Sistem Operasi Windows Dan macOS
Jika ada yang masih menggunakan Adobe Flash, seeloknya segeralah buang aplikasi tersebut dari komputer anda. Pada Julai 2017 dahulu, pihak Adobe telah pun mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan segala kemaskini penambahbaikan dan tidak lagi menyokong sepenuhnya pemain Flash sebelum berakhirnya tahun 2020. Penamatan Flash yang pernah popular suatu ketika dahulu disebabkan oleh kelemahan sistem sekuritinya yang sering…
Google Pertingkatkan Ciri Keselamatan Aplikasi Pelayar Chrome Dengan Perkenalkan 2 Ciri Terbaru
Google memuatkan ciri terbaru Google Safe Browsing dan menawarkan extension terbaru ‘Suspicious Site Reporter‘ untuk pengguna pelayar Chrome. Google telah melepaskan kemaskini terbaru aplikasi pelayar Google Chrome versi 75 kepada para pengguna mereka. Pada versi terbaru ini, Google telah memuatkan 2 ciri terbaru bagi meningkatkan lagi ciri keselamatan yang sedia ada dalam pelayar tersebut. Ciri…
Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Xiaomi Mi 9T
Jika anda menyusuri satu persatu keluaran Xiaomi setiap tahun, masing-masing ada daya penariknya yang tersendiri dan sudah semestinya, tanda harga yang berpatutan mengiringi spesifikasi idaman peminat. Diperkenalkan terlebih dahulu di China, model ini dikenali sebagai sub-jenama kepada Xiaomi dengan membawa nama Redmi K20. Sesetengah daripada anda mungkin tertanya-tanya kenapa ia dijenamakan semula menjadi Mi 9T…
