Dijangka akan hadir dipasaran pada tahun hadapan. Kilang pengeluaran cip pemprosesan Samsung, Samsung Foundry dilaporkan telah memperoleh kelayakan pengesahan dari pihak Cadence dan Synopsys bagi mengilangkan cip pemprosesan 5nm yang berkuasa rendah. Proses pengilangan cip tersebut bakal menggunakan teknologi extreme ultraviolet lithography (EUV) bagi membangunkan reka bentuk cip yang berprestasi dan cekap tenaga. Penerimaan sijil pengesahan tersebut bermakna…
VAIO SX12 – Komputer Riba Kecil Yang Menyediakan Pelbagai Port Sambungan
Port sambungan pada komputer riba bersaiz kecil mungkin terhad tetapi itu bukan masalah bagi VAIO dimana pengeluar itu telah memperkenalkan VAIO SX12, disediakan dengan sejumlah port sambungan. Hadir dengan skrin paparan berukuran 12.5 inci, SX12 disertakan dengan tiga port USB-A, satu port USB-C, HDMI, slot kad SD, bicu audio 3.5mm, port Ethernet termasuk VGA. Tampil…
Salah Seorang Pengasas Apple Saran Orang Ramai Supaya Berhenti Menggunakan Facebook
Pengasas besama Apple, Steve Wozniak pada satu temubual bersama TMZ menggesa orang ramai untuk memadam akaun Facebook dan tidak meninggalkan platform media sosial popular tersebut. Wozniak sudah berhenti menggunakan Facebook sejak tahun lalu lagi lanjutan daripada skandal privasi Cambridge Analytica yang mengutip informasi peribadi lebih daripada 87 juta pengguna Facebook. Beliau menyatakan Facebook membawa lebih…
Snapdragon 215 Diperkenalkan, Beri Keupayaan Dwi Kamera Untuk Peranti Berspesifikasi Rendah
Qualcomm semalam telah memperkenalkan ahli baru dalam keluarga besar mereka, Snapdragon 215. Pembangunan cip pemprosesan ini ditujukan untuk peranti berspesifikasi rendah yang dijual antara RM300 – RM500, membolehkan model-model ini mendapatkan ciri yang lebih baik lagi. Snapdragon 215 dijanjikan dengan prestasi yang dipertingkatkan berbanding cip sebelumnya dengan GPU lebih pantas serta sokongan dwi kamera. Ia…
Xiaomi Paten Sistem Kamera Periskop, Mungkin Hadir Pada Mi Mix 4
Memasuki tahun 2019, kita sedia dihidangkan dengan beberapa tren baru melengkapi telefon pintar yang ada dipasaran. Antaranya adalah penggunaan lensa periskop seperti model Huawei P30 Pro dan OPPO Reno 10x zoom edition. Perkhabaran terbaru memperlihatkan sebuah lagi pengeluar bakal mengikut tren tersebut iaitu Xiaomi. Ini adalah berdasarkan permohonan paten teknologi kamera periskop oleh Xiaomi dikatakan…
Nokia Perkenalkan Penghala WiFi Beacon 1
Harga bermula dari USD129.00. Nokia telah melancarkan produk terbaru mereka penghala WiFi Beacon 1. Penghala terbaru ini merupakan alternatif kepada model premiumnya, Nokia WiFi Beacon 3 yang telah dilancarkan pada Februari lalu. Tidak seperti model premiumnya, Nokia WiFi Beacon 1 ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah dan mampu dimiliki. Bagi 1 unit Beacon 1, harganya…
