Bagi anda yang kini sedang mencari tablet, Samsung Malaysia semalam telah mengumumkan Samsung Galaxy Tab A (2019) 8.0 inci. Boleh dikatakan hadir dengan harga mampu milik ia dilengkapi dengan skrin berukuran 8 inci beserta resolusi 1920 x 1080 HD penuh. Dibahagian dalam ia dikuasakan dengan cip pemprosesan 4 teras 2GHz, RAM 2GB, serta memori simpanan…
HONOR 9X Digambarkan Mempunyai Prestasi Terbaik Dan Bateri Tahan Lama
Ura-ura mengenai kedatangan pengganti HONOR 8X sudah kedengaran sejak pertengahan bulan lalu. Bakal tampil dengan nama HONOR 9X, kini ia telah diacah oleh Naib Presiden HONOR melalui perkongsian gambar di laman Weibo. Empat gambar serba ringkas dimuat naik dengan gambar pertama memperlihatkan kotak bungkusan HONOR 9X diletakkan bersama joystick. Satu lagi imej pula menunjukkan kotak bungkusan…
Vivo Bakal Memperkenalkan Siri S?
Vivo telah membuat kejutan apabila telah mendedahkan visual belakang sebuah peranti terbaru syarikat berkenaan. Menurut Vivo, ia merupakan telefon pintar terbarunya yang dinamakan siri Vivo S yang dilihat dilengkapi dengan Triple AI Camera yang hampir sama dengan siri V15 dan siri Y17 yang terkini. Triple AI Camera merupakan trend terbaru untuk telefon pintar masakini, dan…
Apple Menaik Taraf Perkakasan Dan Menurunkan Harga Macbook Air & Macbook Pro 13″ 2019
Apple juga tidak lagi menawarkan model Macbook 12″. Apple hari ini mengumumkan mereka menurunkan harga Macbook Air 2019 sebanyak RM550. Jika sebelum ini harganya bermula dari RM5249.00, tetapi bermula dari hari ini, harga Macbook Air terbaru adalah berharga dari RM4699.00 sahaja. Selain menurunkan harga MBA, Apple turut melengkapi teknologi True Tone pada paparan retina 13.3″…
TnG Digital Adakan Promosi Dengan Ganjaran 1 Tahun Tol Percuma
Bagi menggalakkan lagi orang ramai dalam menggunakan aplikasi TnG eWallet, TnG Digital kini telah mengadakan kempen yang menawarkan hadiah menarik untuk pengguna. Dalam tempoh sebulan kempen ini berjalan, pengguna berpeluang untuk memenangi ganjaran berupa hadiah mingguan iaitu 1 bulan tol percuma atau bersamaan RM200 sementara hadiah utama, 1 tahun tol percuma bersamaan dengan RM2500. Jumlah…
Aplikasi Spotify Lite Kini Ditawarkan Di Google Play Store
Sesuai bagi mereka yang ingin menjimatkan penggunaan data. Spotify hari ini mengumumkan kehadiran versi ringan aplikasi penstriman muzik mereka, Spotify Lite. Ia merupakan versi aplikasi yang bersaiz lebih kecil, pantas dan lebih ringkas antaramukanya berbanding versi penuh aplikasi Spotify. Malah sekiranya capaian rangkaian telefon pintar anda tiba-tiba menjadi perlahan sekalipun, muzik yang sedang di strim dari…
